web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Korea Selatan Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Pertanian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 11:54AM

Pertemuan Chung Hwang-Keun dan Mohamad Sabu di Putrajaya - Gambar Facebook Mohamad Sabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Korea Selatan akan memperkukuh kerjasama dan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata kedua-dua negara turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian selaras dengan sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur tahun ini.

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi perjanjian tersebut,  kedua-dua negara bersetuju untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik dan peluang perniagaan serta cadangan kerjasama dalam bidang keterjaminan makanan dan inovasi teknologi pertanian untuk menangani cabaran sektor pertanian.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea, Chung Hwang-Keun di Putrajaya, yang juga pertemuan pertama bagi kedua-dua pemimpin itu. 

Menurut KPKM, Republik Korea adalah rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuh hubungan perdagangan pertaniannya.

"Bagi tempoh 2020 hingga 2022, nilai dagangan pertanian antara kedua-dua negara menunjukkan pencapaian yang progresif dan positif iaitu mencatat peningkatan sebanyak RM1.0 bilion setiap tahun," menurut kenyataan itu. 

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin ini turut dihadiri ketua setiausaha KPKM dan pegawai kanan KPKM serta ketua pengarah dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Peluang Luas Kembang Perdagangan Dengan Malaysia – Putin

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan