web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Fokus Kepada Rakyat, Ekonomi Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:34AM

Tema Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan tahun ini ialah “MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia” - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kali esok akan menjadi medan terbaik bagi menoktahkan sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara sekali gus menumpukan fokus dan usaha kerajaan kepada rakyat.

Konvensyen yang dijangka menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu akan berlangsung ketika terdapat desas-desus ada pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Jamaie Hamil berkata konvensyen yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu berlangsung tepat pada waktunya bagi memperlihatkan keutuhan Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah barisan kepimpinan negara, termasuk kepada pemerhati dan pelabur luar.

“Menerusi konvensyen ini, mereka dalam Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.

“Perwakilan perlu menunjukkan bahawa mereka yang dahulunya merupakan seteru politik mampu memberikan komitmen kerjasama, kesepaduan, toleransi dan taat setia antara satu sama lain dalam konvensyen ini,” katanya kepada Bernama.

Konvensyen itu bermula pada pukul 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein Onn, di venue sama.

Ia disusuli Bicara Rakyat yang terbahagi kepada tiga sesi iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata menerusi segmen itu, pemimpin-pemimpin parti Kerajaan Perpaduan akan membicarakan mengenai komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu rakyat termasuk ekonomi, masa depan pembinaan negara bangsa dan konsep MADANI dalam pelaksanaan agenda rakyat.

Kerajaan Perpaduan hasil titah nasihat Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ekoran negara mengalami Parlimen tergantung, menyaksikan banyak pihak terutamanya akar umbi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kerjasama itu - Gambar Fail
Kerajaan Perpaduan hasil titah nasihat Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ekoran negara mengalami Parlimen tergantung, menyaksikan banyak pihak terutamanya akar umbi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kerjasama itu - Gambar Fail

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat peluang ini harus digunakan sebaiknya oleh kepimpinan parti dan negara untuk menjelaskan dasar kerajaan serta menghapuskan sebarang persepsi negatif pada segenap lapisan.

Beliau berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ekoran negara mengalami Parlimen tergantung, menyaksikan banyak pihak terutamanya akar umbi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kerjasama itu.

“Maka, konvensyen ini yang julung kali mengumpulkan semua rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan bukan hanya di peringkat pemimpin ialah platform terbaik untuk menjelaskan hala tuju kerajaan,” katanya.

Mohd Azizuddin berkata konvensyen yang diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri juga sudah tentu akan mempersiapkan jentera dan memperkemas kerjasama antara parti-parti di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Satu jentera baharu iaitu Geng Perpaduan yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan juga akan dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi PRN.

Bertemakan “MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia”, acara kemuncak konvensyen ialah amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan serta menyaksikan persetujuan deklarasi Kerajaan Perpaduan pada 3.30 petang.

Menurut Jamaie, deklarasi berkenaan dapat memenuhi harapan rakyat untuk melihat sebuah dokumen atau komitmen jelas daripada parti-parti membentuk Kerajaan Perpaduan dalam menggariskan hala tuju sebuah kerajaan yang stabil dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebelum ini, Anwar dipetik sebagai berkata beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang menerajui negara ketika ini akan kekal sehingga PRU seterusnya. 

“Insya-Allah, kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga PRU akan datang. Saya sangat yakin atau saya tidak akan mengeluarkan kata-kata ini,” katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO berkata UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat meliputi usaha meningkatkan taraf ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar dan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara paling kompetitif dan pesat membangun.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dipetik berkata gabungan itu akan terus memperkukuh kerjasama pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan dan menyifatkan kerajaan yang ada sekarang hasil daripada gabungan yang sangat stabil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 3 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad