web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrir Gembira Dapat Semula Kereta Honda Civic Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 7:01AM

Shahrir Abdul Samad ditemani peguam Syahrul Syazwan Salehin ke pejabat SPRM Selangor selepas solat Jumaat untuk mengambil kereta berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad meluahkan kegembiraan apabila kereta Honda Civic miliknya yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum beliau didakwa akhirnya dipulangkan petang semalam.

Menurutnya, beliau ditemani peguam Syahrul Syazwan Salehin ke pejabat SPRM Selangor selepas solat Jumaat untuk mengambil kereta berkenaan.

“Selepas solat Jumaat saya dengan peguam telah ke SPRM Selangor untuk mengambil kereta Honda Civic yang mereka sita.

“Okaylah tu. Walaupun empat bulan selepas kes AMLA/LHDN (pengubahan wang haram dan Lembaga Hasil Dalam Negeri) terhadap saya digugurkan, saya gembira mendapat semula kereta yang dah jadi ‘famous’ dan terkenal semasa perbicaraan kes itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kenderaan terbabit dirampas susulan veteran UMNO itu didakwa berhubung kes pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta tahun lalu, sebelum dilepas dan dibebaskan Januari lalu.

Pada awal bulan ini, Shahrir mempersoalkan tindakan SPRM yang didakwanya masih ‘menyimpan’ kereta Honda Civic Hybrid yang dirampas agensi itu dari keluarganya sejak empat bulan lalu.

Beliau mendakwa, kereta berkenaan belum diserahkan kembali biarpun sudah empat bulan Mahkamah Tinggi, menggugurkan kes SPRM terhadap beliau di bawah AMLA dan LHDN.

Dakwanya, semasa perbicaraan kes terbabit, Timbalan Pendakwa Raya dan SPRM memanggil begitu ramai saksi dalam kalangan jurujual, kerani syarikat jualan kereta itu, pegawai bank dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, semata-mata untuk membuktikan beliau membelinya.

Mahkamah diberitahu Shahrir membayar RM118,485 untuk kereta itu menggunakan cek pada 21 Disember 2013.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan untuk melepas dan membebaskannya selepas Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa pendakwaan tidak akan diteruskan terhadap tertuduh.

Kereta itu satu-satunya aset yang belum dipulangkan sejak Januari lalu. – Getaran, 13 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi