web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tangguh Perbicaraan Penggubahan Wang Haram, Pengelakan Cukai Rosmah Ke Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 3:21PM

Rosmah Mansor hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN yang dihadapinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor, ditangguhkan ke Ogos, berikutan surat representasi dihantar peguamnya kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Mahkamah tinggi di sini, membenarkan representasi dibuat pasukan pembelaan dan pendakwaan, selepas kedua-dua pihak berhujah bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk menangani isu dibangkitkan dalam surat itu yang diterima AGC pada 3 Mei.

Ketika meminta penangguhan perbicaraan, ketua peguam bela Datuk Geethan Ram Vincent berkata, surat itu membangkitkan fakta relevan daripada perbicaraan jenayah pertama Rosmah, membabitkan tiga pertuduhan rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

“Tujuan surat itu, selain daripada (perkara berkaitan) alasan peribadi, adalah untuk membangkitkan fakta daripada perbicaraan solar sebelum ini.

“Pihak pembelaan berharap agar surat itu dipertimbangkan dan keputusan boleh dibuat pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula,” katanya yang mengesahkan pihak pembelaan memohon penarikan sepenuhnya kesemua 17 pertuduhan terhadap Rosmah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, masih tiada peluang untuk pihak pendakwaan membincangkan mengenai surat itu dengan AGC, memandangkan perkhidmatan mereka diperlukan dalam beberapa perbicaraan lain di mahkamah pada minggu ini.

“Disebabkan kesuntukan masa, kerana saya terlibat dalam beberapa perbicaraan minggu ini, saya masih belum menetapkan temu janji dengan AGC dan pihak atasan untuk memberi taklimat kepada mereka mengenai surat representasi.

“Beberapa isu undang-undang yang serius sudah dibangkitkan (dalam surat itu). Disebabkan kerumitan isu dibangkitkan dalam surat itu, saya dengan rendah hati memohon agar (pihak pendakwaan diberi) dua bulan untuk membuat keputusan sewajarnya, sama ada meneruskan atau tidak perbicaraan ini,” katanya.

Hakim Muniandy Kannyappan menetapkan perbicaraan bermula pada 24 Ogos jika surat representasi ditolak AGC.

Perbicaraan itu sepatutnya menyaksikan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaannya hari ini, membabitkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pertuduhan pengubahan wang haram ditetapkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala jenayah berkaitan LHDN dikatakan melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Rosmah yang juga isteri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan, didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Pada September tahun lalu, perbicaraan hibrid solar menyaksikan Rosmah didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

Hakim mahkamah tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Rosmah bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak, selain denda RM970 juta, iaitu jumlah tertinggi untuk kesalahan seumpamanya.

Kes itu sedang menunggu rayuan di mahkamah yang akan dibicarakan dari 11 hingga 14 Julai. – The Vibes, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran