web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosmah Tiba Di Mahkamah Tinggi Untuk Perbicaraaan Pengubahan Wang Haram, Pengelakan Cukai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 9:56AM

Rosmah Mansor tiba di kompleks mahkamah di sini, pagi ini bagi menghadapi perbicaraan jenayah kedua atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor tiba di kompleks mahkamah di sini, pagi ini bagi menghadapi perbicaraan jenayah kedua atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Tiba sebelum jam 9 pagi, Rosmah mengenakan baju kurung bermotif bunga merah jambu dan putih digandingkan dengan selendang jingga terang.

Isteri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, turut diiringi beberapa pembantunya.

Perbicaraan akan didengar di hadapan hakim Muniandy Kannyappan, membabitkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM7 juta, selain lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pertuduhan pengubahan wang haram ditetapkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganas dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), manakala kesalahan berkaitan LHDN, dikatakan melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Rosmah didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Pihak pendakwaan dilapor akan memanggil 13 atau 14 saksi untuk kes itu.

Manakala, pada Isnin, Rosmah memfailkan surat representasi selama sebelas jam kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Bagaimanapun, peguam utamanya, Datuk Geetham Ram Vincent berkata, pasukan pembelaan masih belum menerima maklum balas.

Surat undang-undang itu biasanya dihantar peguam bagi meminta pendakwa menarik balik atau mengurangkan pertuduhan terhadap tertuduh.

Pada September tahun lalu, Rosmah disabitkan dalam perbicaraan jenayah pertamanya, membabitkan tiga pertuduhan rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Hakim mahkamah tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Rosmah bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dan denda RM970 juta, iaitu jumlah tertinggi pernah dikenakan untuk kesalahan terbabit.

Kes itu kini sedang menunggu rayuan di mahkamah dan ia akan dibicarakan dari 11 hingga 14 Julai depan. – The Vibes, 12 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar