web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas COVID-19, Cacar Monyet Pula Diisytihar Bukan Lagi Kecemasan Kesihatan Global

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 7:05AM

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.

WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa pada Julai 2022.

Selepas mesyuarat hangat minggu ini, jawatankuasa kecemasan WHO untuk wabak itu mengesyorkan penamatan status kecemasan, dan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus bersetuju dengan penilaiannya.

“Semalam, jawatankuasa kecemasan untuk cacar monyet bertemu dan mengesyorkan kepada saya bahawa wabak itu bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.

“Saya menerima saranan itu dan berbesar hati untuk mengisytiharkan bahawa cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan global.

“Namun, seperti COVID-19, ia tidak bermakna tugas sudah tamat. Cacar monyet terus menjadi cabaran kesihatan awam penting yang memerlukan tindak balas yang teguh, proaktif dan mampan,” katanya.

Pada masa sama, Tedros turut menggesa seluruh dunia agar mengekalkan kapasiti ujian dan keupayaan mereka untuk bertindak balas terhadap wabak pada masa depan dengan pantas.

Menurut laporan terbaru WHO, lebih 87,000 kes cacar monyet direkodkan termasuk 140 kematian di seluruh dunia sejak awal Januari 2022 hingga bulan lalu.

Lebih 30,000 kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS). Di peringkat global, kes menurun selama beberapa bulan, terutamanya apabila kesedaran meningkat dan vaksin tersedia dengan lebih meluas.

Tedros berkata, terdapat 90 peratus lebih sedikit kes dilaporkan dalam tempoh tiga bulan lepas berbanding 90 hari sebelumnya.

Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada 1980.

Ia adalah endemik di bahagian Barat dan Afrika Tengah dan biasanya tersebar daripada tikus atau mamalia kecil.

Sesiapa sahaja boleh mendapat atau menyebarkan cacar monyet, tetapi perkembangan di Eropah dan AS dalam penularan terbaharu wabak global itu menunjukkan kebanyakan kes membabitkan golongan lelaki gay dan biseksual.

“Walaupun stigma menjadi kebimbangan utama dalam menguruskan wabak ini dan terus menghalang akses kepada penjagaan cacar monyet, tindak balas yang ditakuti terhadap komuniti yang paling terjejas sebahagian besarnya tidak menjadi kenyataan. Oleh itu, kami bersyukur," kata Tedros.

Virus cacar monyet boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan, kudis atau barangan seperti pakaian dan tempat tidur yang tercemar dengan virus.

Ia juga boleh merebak antara manusia melalui titisan pernafasan, biasanya melalui kontrak rapat.

Tedros berkata, walaupun kecemasan kesihatan global cacar monyet dan COVID-19 sudah berakhir, ancaman gelombang penularan kedua-duanya masih ada.

“Kedua-dua virus terus beredar dan kedua-duanya terus membunuh,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, WHO mengumumkan COVID-19 bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.

Ia sekali gus menjadi langkah besar menuju pengakhiran wabak pandemik yang sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, selain mengancam ekonomi dan komuniti sejagat. - CNN

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Mohon Pembiayaan Segera Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad