web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azam Tekad Jadikan SPRM Badan Penguatkuasaan Terunggul Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 2:51PM

Azam Baki - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dilantik semula ke jawatan itu, bertekad untuk terus menjadikan agensi terbabit sebagai badan penguatkuasaan terunggul di dunia.

Azam berkata, dalam tempoh setahun pelantikan semula itu, beliau akan meneruskan usahanya dalam mencegah rasuah secara maksimum dan berkesan di negara ini.

Katanya, usaha itu adalah bagi mencapai visi diimpikan SPRM, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rasuah.

“Dan SPRM sebagai agensi yang masih terunggul di dunia, strategi dan usaha sedang dijalankan ini diteruskan.

“Saya bersama kepimpinan SPRM yang ada akan meneruskan usaha dengan lebih giat lagi bagi mencapai hasrat diimpikan,” katanya ketika memberi reaksi kepada Astro Awani berhubung pelantikan semula itu dan hasratnya dalam memimpin agensi berkenaan.

Pada masa sama, Azam berkata, beliau menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, di atas perkenan baginda untuk pelantikan semulanya itu.

“Pelantikan ini juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, di mana atas nasihat beliau baginda memperkenankan pelantikan ini,” katanya.

Mohd Zuki Ali
Mohd Zuki Ali

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataannya memaklumkan Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa esok.

Beliau berkata, pelantikan semula Azam itu adalah untuk tempoh selama setahun dan selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694), iaitu Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mula berkhidmat di SPRM pada 1984 yang ketika itu dinamakan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Azam kemudian dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya. – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan