web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Semula Ketua Pesuruhjaya SPRM: Bukti Azam Jalankan Tugas Dengan Cemerlang - PAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 12:37PM

Takiyuddin Hassan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelantikan semula Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bagi menerajui agensi itu membuktikan beliau dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang dan berkesan.

Mengalukan keputusan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun Azam pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku, terbukti pemimpin itu melaksanakan peranan dengan baik.

“Bagi PAS beliau yang mencapai umur bersara wajib 60 tahun pada tarikh sama, selepas berkhidmat dengan suruhanjaya berkenaan selama 36 tahun dan dilantik untuk mengetuainya pada tahun 2020, terbukti dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang serta berkesan di institusi utama pencegahan rasuah negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, walaupun Azam pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku, termasuk berkaitan pemilikan saham dalam beberapa syarikat sebelum ini, PAS secara konsisten percaya, malah menerima kenyataan penafian beliau berhubung perkara itu.

Katanya, ia sekali gus menghalang percubaan pihak berkepentingan untuk menimbulkan keraguan terhadap maruah dan integritinya secara peribadi serta SPRM sebagai institusi penting negara.

Takiyuddin berkata, PAS percaya pelanjutan tempoh perkhidmatan beliau itu, turut mengesahkan kepercayaan tersebut dan menolak persepsi buruk yang cuba dilontarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap beliau serta SPRM, bagi mencapai tujuan tertentu.

“Sekali lagi PAS mengucapkan tahniah dan berharap Tan Sri Azam akan terus memberi khidmat cemerlang beliau kepada negara, sekali gus memimpin SPRM ke tahap lebih membanggakan dalam usaha membebaskan rakyat serta masyarakat daripada budaya dan amalan rasuah yang merosakkan,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataannya memaklumkan Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa esok.

Beliau berkata, pelantikan semula Azam itu adalah untuk tempoh selama setahun dan selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694), iaitu Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mula berkhidmat di SPRM pada 1984 yang ketika itu dinamakan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Azam kemudian dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya. – Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad