web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Asli Suku Kaum Bateq Dikhuatiri Dibaham Harimau Ketika Memancing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:14AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang lelaki Orang Asli Bateq dilaporkan hilang dikhuatiri akibat diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa Halim Asin, 27, sedang memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang yang berusia lapan tahun, kira-kira 11.30 pagi.

Bapa Alang, Kuang Camang, 31, berkata anaknya mendakwa ketika memancing mereka telah diserang harimau tersebut.

“Anak saya yang terkejut terus terjun ke dalam sungai dan berenang menyelamatkan diri sebelum menceritakan kejadian itu kepada kami yang berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. 

“Kami sempat meninjau di tempat kejadian tetapi tidak menemui adik ipar saya di kawasan itu,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Terdahulu, Kuang bersama tujuh orang lagi termasuk mangsa dalam perjalanan dari Kampung Cangkung, Jerantut, Pahang untuk pulang ke Kampung Aring 5 dengan berjalan kaki dan singgah berehat di sungai berkenaan.  

“Sebelum Ramadan lalu kami ke Kampung Cangkung dan tinggal di sana selama sebulan. Kami mula berjalan kaki (bertolak) untuk pulang ke Kampung Aring 5 pada Sabtu lalu. 

“Pada 11 pagi semalam, saya, isteri, empat orang anak, Halim dan bapanya telah sampai di Sungai Aring dan membuat khemah di pinggir sungai untuk bermalam kerana ingin menangkap ikan,” katanya. 

Bercerita lanjut Kuang berkata selepas kejadian itu meskipun berada di dalam ketakutan mereka bertolak ke Kampung Aring 5 pada 1.30 petang dan terus melaporkan insiden terbabit kepada penghulu dan penduduk sejurus tiba pada 5.30 petang di kampung tersebut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan lelaki suku kaum Bateq itu pada 10 malam semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota keselamatan telah digerakkan bermula hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi