web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin ASEAN Suara Kebimbangan Keganasan Berlarutan Di Myanmar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 1:07PM

Pemimpin ASEAN bergambar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO (Indonesia) - ASEAN amat bimbang dengan keganasan yang berterusan di Myanmar, khususnya serangan bersenjata ke atas konvoi kemanusiaan.

Pemimpin ASEAN dalam satu kenyataan menggesa semua bentuk keganasan dan penggunaan kekerasan dihentikan segera bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat dan cepat serta dialog nasional yang inklusif dapat diadakan.

Selain itu, pemimpin ASEAN turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan pada 8 Mei 2023 oleh Presiden Indonesia Joko Widodo selaku Pengerusi ASEAN sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas konvoi Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) dan Pasukan Pemantau ASEAN di Myanmar baru-baru ini.

"Kami mengutuk serangan itu dan dalangnya mesti bertanggungjawab," kata Pemimpin ASEAN.

Pemimpin ASEAN turut menyokong usaha Joko Widodo, termasuk penglibatan berterusan beliau dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.

Lapan pemimpin ASEAN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di sini hari ini, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama badan serantau itu.

Ketua kerajaan Myanmar tidak diundang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad