web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Selesai Laksana 62 Daripada 111 Inisiatif NACP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:51PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melaksanakan sejumlah 62 daripada 111 inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, setakat 31 Disember 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melaksanakan sejumlah 62 daripada 111 inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, setakat 31 Disember 2022. 

Jurucakap SPRM berkata, 49 atau 55 peratus inisiatif masih berada dalam proses di peringkat pengeluaran output.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 39 inisiatif dijangka dapat disiapkan pada masa ditetapkan, sebelum penghujung Disember 2023.

"Ia bersamaan dengan 91 peratus pencapaian secara keseluruhan pelaksanaan NACP manakala, 10 inisiatif didapati berkemungkinan melewati tahun 2023 disebabkan oleh kompleksiti pelaksanaan. 

"Ia akan melibatkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan, pindaan perundangan semasa serta pewujudan perundangan baharu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, jurucakap SPRM berkata, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) secara rasmi telah diserapkan sepenuhnya di bawah SPRM, berkuatkuasa 18 April lalu. 

Menurutnya, ia kini dijenamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) yang mempunyai enam fungsi utama. 

"Ia akan menasihati kerajaan, menyelaras pelaksanaan inisiatif, menilai tahap keberkesanan, merancang strategi, memantau serta melapor dapatan tindakan berkaitan governans, integriti dan antirasuah akan diteruskan di bawah SPRM. 

"Tindakan itu akan mampu memastikan kesinambungan momentum pelaksanaan dasar Kerajaan berkaitan governans, integriti dan antirasuah,"katanya. 

Jelasnya, NACP 2019-2023 yang sebelum ini dipantau oleh GIACC kini akan dipantau oleh BPGN, SPRM. 

Katanya, pelan terbabit yang dilancarkan pada 29 Januari 2019 merupakan iltizam ditunjukkan oleh negara, selari dengan semangat terkandung dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC). 

"Malaysia adalah antara negara anggota apabila menandatangani konvensyen ini pada 1 Disember 2003.

Artikel 5 konvensyen ini menetapkan bahawa sesebuah negara perlu mempunyai dasar dan strategi antirasuah yang didokumenkan. 

"Sehubungan itu, NACP adalah bersifat merentas masa, “living document”, dan mengambil kira dasar dan keperluan semasa," katanya. 

Dalam pada itu, jurucakap SPRM tersebut menegaskan, status pelaksanaan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan telah menunjukkan kemajuan, walaupun negara berdepan pandemik COVID-19. 

"SPRM optimis dengan pelaksanaan NACP 2019-2023 serta komited untuk menyelesaikan baki inisiatif yang belum dilaksanakan. 

"Komitmen Ketua Agensi PENERAJU kepada inisiatif pelan itu serta semua pihak dalam menjayakan usaha murni melalui pelaksanaan NACP merupakan suatu manifestasi terhadap kesungguhan menuju sebuah negara bebas rasuah, demi memartabatkan integriti serta kebertanggungjawaban berpaksikan ekosistem governans baik," katanya.  - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek