web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga Emas Muat Naik Kenyataan Berbaur Hasutan Dibebas Dengan Jaminan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 5:43PM

Suspek ditangkap kerana disyaki mengeluarkan satu kenyataan berbaur provokasi di media sosial yang boleh mengancam keharmonian awam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Nong Mazlan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, selepas ditahan atas dakwaan melakukan provokasi melampau ke atas pemimpin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek dibebaskan selepas tamat tempoh reman yang dikenakan ke atasnya.

“PDRM telah menyerahkan kertas siasatan kes tersebut kepada Pejabat Peguam Negara semalam, dan suspek dibenarkan bebas dengan jaminan polis setelah tamat tempoh reman hari ini.

“Pelepasan menerusi jaminan polis dilakukan berikutan siasatan masih perlu diteruskan sehingga laporan analisis forensik diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Noorsiah sebelum ini mengesahkan suspek yang berada di Hulu Melaka telah ditangkap sepasukan polis dari Bukit Aman pada 6 Mei lalu.

Beliau memberitahu, suspek ditangkap kerana disyaki mengeluarkan satu kenyataan berbaur provokasi di media sosial yang boleh mengancam keharmonian awam.

Jelas Noorsiah, siasatan dalam kes berkenaan sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Semasa tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik tiga hantaran menerusi akaun Facebook atas nama Nong Mazlan, yang bersifat provokasi dan berunsur hasutan serta boleh menggugat ketenteraman awam.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap raja atau kerajaan dan diteliti menerusi Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya.

Suspek difahamkan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi