web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapasiti Tenaga Boleh Baharu Disasar Dipertingkat Kepada 70 Peratus Menjelang 2050 - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 5:20PM

Rafizi Ramli berkata setakat Disember 2022, jumlah kapasiti terpasang TBB dalam pembekalan elektrik negara adalah sebanyak 25 peratus - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik disasar untuk ditingkatkan kepada 70 peratus menjelang 2050 bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu kepada negara serta menarik syarikat multinasional khususnya syarikat Renewable Energy 100 (RE100) untuk beroperasi di negara ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata mesyuarat jemaah menteri pada 3 Mei lepas bersetuju untuk meningkatkan kapasiti TBB kepada 70 peratus menjelang 2050 di bawah Hala Tuju Pembangunan Strategik TBB selepas meneliti memorandum mengenai Hala Tuju Pembangunan dan Dasar Perdagangan TBB yang dibentangkannya.

Dalam sidang media bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, di sini, hari ini, Rafizi berkata setakat Disember 2022, jumlah kapasiti terpasang TBB dalam pembekalan elektrik negara adalah sebanyak 25 peratus.

Beliau berkata, peningkatan kapasiti TBB itu akan membolehkan lebihan kapasiti yang dijana didagangkan merentas sempadan dengan negara jiran di rantau ini menerusi mekanisme yang akan dibangunkan dan ditetapkan kerajaan melalui sistem pasaran tenaga elektrik rentas sempadan dibawah Dasar Perdagangan TBB.

"Kewujudan sistem pasaran tenaga elektrik untuk melaksanakan perdagangan TBB rentas sempadan akan meletakkan Malaysia di depan sebagai pusat TBB serantau," katanya.

Rafizi berkata penetapan sasaran baru kapasiti TBB dan campuran tenaga yang meningkatkan peralihan kepada TBB sebanyak 11 kali ganda dari tahun 2023 ke 2050 akan meredakan kos elektrik rakyat dalam tempoh masa jangka panjang apabila penjanaan tenaga elektrik beralih kepada TBB.

Menurutnya, Kabinet juga bersetuju supaya pemasangan sistem solar di bangunan kerajaan dipercepat dan dipertingkat melalui penyediaan peruntukan pembangunan bagi memberi manfaat secara terus dari segi penjimatan bil elektrik kepada kementerian dan agensi kerajaan.

"Sejumlah RM50 juta diperuntukkan segera untuk memasang infrastruktur solar di bumbung dan kemudahan kerajaan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan sebelum akhir tahun ini, sementara peruntukan yang lebih besar akan diberikan bagi tujuan ini dalam perbelanjaan pembangunan yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata usaha untuk meningkatkan kapasiti TBB dijangka memerlukan pelaburan baharu yang dianggarkan berjumlah RM637 bilion sehingga tahun 2050.

Ia merangkumi pelaburan dalam sumber penjanaan TBB serta pengukuhan infrastruktur grid termasuk sambung tara, integrasi sistem penstoran tenaga dan kos operasi sistem rangkaian grid, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Rencana 4 bulan yang lalu

Peralihan Tenaga Perlu Jadi Agenda Bersama, Bukan Sekadar Janji Atas Kertas

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar