web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Benarkan SPRM Diletak Bawah EAIC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 3:23PM

Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform tidak percaya bahawa menempatkan SPRM di bawah tanggungjawab EAIC akan meningkatkan kemandirian atau kuasa badan tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Perpaduan menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dilihat bertentangan dengan semangat reformasi institusi.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan kebebasan dan ketelusan SPRM yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya dengan baik.

Menurut beliau, pihaknya bimbang kerana skop kuasa EAIC adalah tidak jelas sejak ia ditubuhkan, malah kebebasan badan itu turut menimbulkan perdebatan dalam kalangan pelbagai pihak. 

"Ini kerana pelantikan Ketua Pesuruhjaya EAIC sendiri adalah dibuat oleh Perdana Menteri.

"Oleh demikian, itu telah menimbulkan pertanyaan sama ada EAIC bebas daripada sebarang pengaruh politik," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, SPRM sebagai badan tertinggi dalam mengawasi aktiviti rasuah perlu memastikan badan terbabit dapat menjalankan tugasnya tanpa sebarang campur tangan politik.

"Apatah lagi apabila kita melihat kepada kuasa yang dimiliki oleh SPRM, iaitu mereka mempunyai kuasa pendakwaan dan kuasa sebesar itu tidak diperoleh oleh sebarang agensi lain di bawah bidang kuasa EAIC.

"Oleh itu, kami tidak percaya bahawa menempatkan SPRM di bawah tanggungjawab EAIC akan meningkatkan kemandirian atau kuasa badan tersebut," katanya. 

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said seharusnya mempertimbang untuk menempatkan SPRM di bawah tanggungjawab Parlimen Malaysia bagi tujuan akauntabiliti dan ketelusan.

“Kami percaya aspirasi berkenaan selari dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan ketelusan dan kebebasan SPRM.

"Semasa sidang Parlimen yang lepas, Perdana Menteri telah menyatakan keinginan kerajaan mempertimbangkan untuk melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Parlimen untuk memastikan ketelusan dan kemandirian,” katanya.

Jelas jurucakap itu lagi, Kerajaan Perpaduan harus mempertahan prinsip reformasi dengan melupakan cadangan tersebut, dan memberi tumpuan kepada memajukan agenda reformasi Suruhanjaya SPRM.

EAIC pada 2 Mei lalu dilaporkan sedang mengkaji keperluan memasukkan SPRM sebagai agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya.

Azalina berkata, langkah itu antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat pertama EAIC, selain meneliti cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) untuk mengukuhkan EAIC. - Getaran, 9 May 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad