web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Betul Ke SPRM Hendak Pegawai Jujur, Cakap Je Tak - Shahrir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 8:59PM

Shahrir Abdul Samad secara sinis mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa agensi itu hanya akan menggaji pegawai jujur sebagai kakitangannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad secara sinis mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa agensi itu hanya akan menggaji pegawai jujur sebagai kakitangannya.

Beliau berkata, benarkah kata-kata itu menggambarkan sikap sebenar SPRM dalam pengambilan pegawai yang jujur.

“Jadi, betul ke SPRM hendak pegawai-pegawai yang jujur?” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Shahrir mendakwa, walaupun diakui SPRM sememangnya memiliki seorang pegawai jujur, iaitu Pegawai Penyiasat (IO) kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun individu terbabit kelihatan seolah-olah ‘dibekukan’.

“Memang ada pegawai SPRM yang jujur. Satu-satunya adalah Pegawai Penyiasat (IO) kes AMLA/LHDN saya.

“Dia bercakap jujur dalam mahkamah yang penyiasatan terhadap saya tidak lengkap dan sempurna. Dia seorang pegawai yang jujur,” katanya.

Namun, Shahrir bertanya adakah kejujuran pegawai itu dihargai pengurusan kanan SPRM.

“Tapi adakah dia mendapat pujian daripada orang-orang atas? Lebih mungkin dia akan dibekukan, iaitu masuk ‘cold storage’. Bukan dipuji dan dinaikkan pangkat.

“Jadi, betul ke yang SPRM hendak pegawai-pegawai yang jujur? Cakap je tak?,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa tapisan amat ketat dilakukan terhadap pengambilan pegawai baharu SPRM, apabila mereka turut diarah menjalani ujian air kencing, selain wajib melepasi ujian ‘poligraf’ bagi mengesan penipuan.

Langkah itu bertujuan memastikan hanya individu yang benar-benar mempunyai potensi dan berintegriti dipilih menyertai SPRM.

Pengerusi Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM, Datuk (Dr) Asariah Mior Shaharuddin berkata, setiap aduan salah laku membabitkan warga kerja SPRM yang diterima Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) selaku unit integriti, akan dipantau Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM secara berkala setiap tiga bulan.

Menurutnya, JKA adalah satu daripada lima badan pemantau bebas yang dilantik melalui Akta SPRM 2009 dan berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang, dalam memantau pengendalian Suruhanjaya ke atas aduan mengenai salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai Suruhanjaya.

Asariah berkata, sebagai langkah tambahan dalam memperkasakan integriti, SPRM menubuhkan Cawangan Hal Ehwal Dalaman (CED) di bawah BCP pada Jun tahun lalu, bagi menyiasat kes jenayah rasuah pegawai SPRM di bawah Akta SPRM 2009.

Justeru, katanya, SPRM harus dilihat bersih dan mempunyai anggota yang mempunyai integriti tinggi dan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku.

Pada 21 Januari 2020, Shahrir yang juga Mantan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), berdepan dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 kepada LHDN.

Namun, pada 5 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Shahrir dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan Shahrir.

Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan bahawa pendakwaan tidak akan diteruskan terhadap mantan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dalam masa terdekat, jadi adalah wajar tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Keputusan tersebut menyaksikan wang jaminan dipulangkan kepada penjamin dan pasport dikembalikan kepada Shahrir, manakala semua eksibit diserahkan semula kepada pembelaan serta pendakwaan.

Memberi reaksi terhadap keputusan mahkamah ketika itu, Shahrir berkata, ia membolehkan namanya, UMNO, dan parti berkenaan di peringkat Johor Bahru dibersihkan. – Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 6 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad