web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Takziah Buat Keluarga Clifford, Harap Tabah Hadapi Dugaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 2:24PM

Mendiang Clifford F Herbert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Clifford F Herbert yang meninggal dunia semalam.

Seri Paduka Baginda berdua bersedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti mendiang kepada negara,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

Clifford memegang jawatan KSP pada tahun 1993 hingga 1997, sebelum menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1964 sebagai Penolong Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari tahun 1964 hingga 1968.

Selepas itu, mendiang berkhidmat di Kementerian Kewangan dari 1975, sebelum menjadi KSP dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 1997.

Mendiang juga pernah menjadi gabenor alternatif Bank Dunia dan memegang jawatan Pengerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 1994 hingga 2000 yang membina KLIA.

Ketika perkhidmatannya, Clifford turut dilantik sebagai ahli lembaga pelbagai badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), antaranya Khazanah Nasional Berhad, Malaysian Airline System Berhad, PETRONAS, Bank Negara serta Suruhanjaya Sekuriti.

Selain tu, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Pengerusi Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) itu turut aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – Getaran, 8 Mei 2023
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad