web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktivis Rohingya Mohon UNHCR Beri Perlindungan, Sedia Penempatan Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:18AM

Pemandangan di sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan kisah penderitaan dialami ramai pelarian ‘bona fide’ di Malaysia, seorang aktivis Rohingya yang berdepan gangguan dan ugutan bunuh, merayu untuk mendapatkan perlindungan dan penempatan semula.

Zafar Ahmad Abdul Ghani yang dihalau keluar dari Myanmar dengan keganasan berkata, dia sudah menunggu selama tiga tahun untuk mendapatkan penyelesaian terhadap situasinya, termasuk peluang dihantar ke negara ketiga dengan selamat.

Dia melahirkan kebimbangan berikutan pembunuhan Mohib Ullah, seorang aktivis Rohingya, di kem pelarian Cox's Bazar di Bangladesh, dengan mengatakan peristiwa itu menghantuinya.

Beliau berkata, pembunuhan itu tidak akan berlaku jika Mohib ditempatkan semula tanpa lengah.

Zafar Ahmad Abdul Ghani - Gambar dari Facebook
Zafar Ahmad Abdul Ghani - Gambar dari Facebook

“Hidup dalam trauma, kurungan dan kemurungan selama tiga tahun sangat menyakitkan. Realitinya saya tinggal di penjara tanpa sempadan.

“Saya adalah orang yang tidak diperlukan, tanpa kerakyatan, mangsa penyeksaan, pelarian Rohingya tanpa kewarganegaraan, mangsa berita palsu dan pembela hak asasi manusia yang berisiko.

“Namun, ia masih tidak mencukupi untuk melayakkan saya mendapat perlindungan dan penempatan semula ke negara ketiga, walaupun menerima ugutan bunuh, ancaman fizikal, fitnah dan gangguan berterusan akibat tuduhan palsu itu,” kata Zafar yang juga Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Mehrrom).

The Vibes melaporkan pada 2021, Zafar dituduh secara salah dengan didakwa menuntut kewarganegaraan Malaysia dan hak sama rata untuk Rohingya di Malaysia.

Sejak itu, Zafar mendakwa, dia dan keluarganya dikenakan ugutan bunuh, ditakutkan, fitnah dan gangguan, menyebabkan mereka trauma serta tertekan ketika hidup dalam kurungan.

“Saya kehilangan maruah, hidup, keluarga, kawan-kawan, mata pencarian, kebebasan bergerak, suara dan kerja pembelaan saya,” katanya menerusi sepucuk surat.

Pembela hak asasi manusia menjadi sasaran

Sebelum ini, Zafar menggesa Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memberikannya penempatan semula sebagai penyelesaian jangka masa panjang untuk melindunginya serta keluarga.

Dia mendakwa agensi pelarian itu, menafikan perkara terbabit atas alasan tidak memenuhi kriteria berkenaan.

“Saya tertanya-tanya kriteria mana yang saya tidak penuhi? Memang sakit hati mendengar ini daripada UNHCR Malaysia yang sepatutnya melindungi pelarian berisiko, apatah lagi pembela hak asasi manusia berdepan situasi itu.

“Saya seorang yang miskin, mungkin ini sebabnya saya tidak dipertimbangkan untuk penempatan semula? Penat mencari tempat berteduh.

“Terlalu letih untuk menjadi pelarian tanpa negara, tanpa perlindungan. Terlalu letih menunggu penempatan semula yang lama diharapkan, tetapi masih tidak selesai,” katanya.

Zafar berkata, ribuan pembela hak asasi manusia di seluruh dunia dibunuh dan menjadi sasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susulan kelewatan perlindungan diberikan pihak berkenaan.

“Saya sangat berharap UNHCR akan melakukan bahagian mereka untuk melindungi saya dan menempatkan saya semula tanpa berlengah lagi. Jangan biarkan harapan tetap menjadi harapan.

“Anda tidak tahu bagaimana ia membunuh orang apabila mereka terdesak. Kemurungan adalah pembunuh senyap. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada saya, UNHCR harus bertanggungjawab kerana gagal melindungi saya dalam perkara ini,” dakwanya.

Tambahnya, anak-anaknya berdepan ‘mimpi ngeri’ dan sentiasa dalam ketakutan, sehingga ia ‘memusnahkan mereka sebagai individu, sebagai unit keluarga dan sebagai ahli masyarakat’. Sehingga kini, ucapan kebencian, xenofobia, ancaman dan gangguan berterusan,” katanya.

Zafar berkata, konsep seperti hak asasi manusia, perlindungan, keadilan, akauntabiliti, kebebasan dan keamanan tidak seharusnya digunakan secara retorik sahaja. – The Vibes, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad