web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gadis Maut, Pembonceng Parah Motosikal Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:26AM

Seorang gadis maut manakala seorang remaja lelaki parah apabila motosikal ditunggang mereka terbabas lalu melanggar besi penghadang sebelah kiri laluan di Kilometer 53.7, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, semalam. - Gambar dari Facebook Polis Bentong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis maut manakala seorang remaja lelaki parah apabila motosikal ditunggang mereka terbabas lalu melanggar besi penghadang sebelah kiri laluan di Kilometer 53.7, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Farah Amira Samsuri, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama remaja lelaki berusia 15 tahun itu menaiki motosikal dari Kuala Lumpur menghala ke Raub.

“Kemalangan berlaku disebabkan penunggang dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh di Kilometer 53.7 lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala pembonceng motosikal parah dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama, beliau turut memohon orang ramai yang melihat kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan.

“Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan selamat,” katanya. – Getaran, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad