web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muat Naik Hantaran Berbaur Provokasi, Hasutan, Warga Emas Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:08AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditahan kerana disyaki memuat naik tiga hantaran di Facebook yang bersifat provokasi dan berunsur hasutan serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 61 tahun itu ditangkap di Kampung Hulu, Melaka, kelmarin.

“Semasa tangkapan, polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, “ katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, suspek direman tiga hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Pada masa sama, Noorsiah turut menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa dan raja yang boleh membawa ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.

Terdahulu, seorang wanita ditahan kerana disyaki memuat naik video bersama kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial pada Jumaat lalu.

Noorsiah berkata, suspek direman empat hari bermula kelmarin selepas pihaknya membuat permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum itu, beliau memaklumkan suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan di kawasan parkir kereta di Klang, Selangor pada Jumaat lalu.

Suspek disyaki memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di akaun Tiktok @ijaheartfarizahwhitenew, Isnin lalu.

Katanya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo Y15A serta dua keping kad sim daripada suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – Getaran, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi