web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syabu, Pil Yaba Paling Banyak Dibawa Masuk Ke Malaysia - Polis Thailand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 6:00PM

Anuruth Imarb - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NARATHIWAT - Polis Thailand mendedahkan syabu dan pil yaba adalah antara jenis dadah yang paling banyak dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram di sempadan kedua-dua negara. 

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas (Thailand, Laos dan Myanmar) melalui sindiket dadah, sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini.

Beliau berkata kerajaan Thailand amat bimbang dengan keadaan itu apatah lagi Narathiwat adalah wilayah serta lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.

“Rampasan terbesar dilakukan di Sungai Golok pada pada 2 Julai 2020 dan 10 Ogos lepas melibatkan 2,000 kilogram (kg) bernilai 200 juta baht (RM26.3 juta)

“Siasatan mendapati kebanyakan pengedar ini bermula sebagai penagih. Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Anuruth berkata sindiket pengedaran dadah ini juga dikatakan mengupah kumpulan tertentu untuk membuat kekecohan termasuk menyasarkan pasukan keselamatan dan kawasan awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad