web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasrat Kencing Merata Terbantut Selepas Disergah, Wanita Dikecam Tiada Kesedaran Sivik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 4:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengotor! Itu antara reaksi netizen terhadap tindakan seorang wanita dipercayai warga asing yang kencing merata-rata di sekitar bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Baru.

Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok itu dengan jelas memaparkan wanita terbabit sedang mencangkung untuk membuang air kecil di kawasan terpencil dan sedang dibaik pulih.

Hasrat wanita itu yang turut memakai pelitup muka bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disergah seorang individu, kerana berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Apa ini? Tak senonoh perangai kencing belakang kaunter Kastam. Tandas di atas lebih kurang 10 meter pun tak boleh pergi? Mana kesedaran sivik?

“Jadi apa tindakan pihak berwajib? Nampak salah pegawai saja? Prasarana kotor, busuk. Salah Kastam, Imigresen?” tulis indiviu terbabit.

@seekorburungowl Repost balik!! Kena remove sbb nmpak ontot? Apeni!!! Tak senonoh perangai kencing belakang kaunter kastam!! Toilet kat ats lebih kurang 10meter pun tak boleh pergi? Mana sivik????!! So apa tindakan pihak berwajib?? Nmpak salah pegawai jea? Prasarana kotor.. Busuk.. Salah kastam imigresen???! #ica #runsgd???????????? #bangunansultaniskandar #malaysia #singapura?? #fyp #foryoupage #kisahnyata #tiadakenamengenadenganhidupdanmati #CapCut #kisahseram ♬ Penang kalau hari2 macam ni - Bubih

Difahamkan kejadian itu berlaku pada waktu malam dan kaunter tersebut ditutup kepada orang ramai.

Keadaan kawasan itu yang agak terpencil dan sedang dibaik pulih menjadikan lokasi itu sebagai ‘port’ wanita terbabit untuk membuang air kencing.

Malah tulis pemilik video itu lagi, wanita terbabit bukan sahaja melarikan diri tetapi turut terkencing di sepanjang jalan.

"Dah kencing 'meleleh' sepanjang jalan, selepas itu lari tak nak basuh. Pengotor,” katanya.

Malah katanya lagi, itu bukan pertama kali kejadian warga asing membuang air merata-rata di kawasan berkenaan.

"Dulu kes buang air besar tepi jalan dan uncle kencing kat dinding bangunan," katanya.

Rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tidak senonoh wanita terbabit.

“Tandas depan sikit je tu pun malas nak jalan? Belum tandas awam lagi, lepas guna tak nak flush, tahu pula lepas kencing dan berak nak cuci tangan,” kata Chim Bhim.

“Aduhai tak habis keluar lagi ni dah ada orang datang potong betullah,” sindir seorang netizen.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini Balai Polis BSI tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.

“Kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang yang ada. Patuhi undang-undang dan jaga kesopanan. Gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit,” katanya.

Ini bukan pertama kali kejadian membabitkan warga asing membuang air merata-rata di sekitar pintu masuk dan keluar Malaysia dan Singapura.

Pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). – Getaran, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan