web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasa Dihargai, Saravanan Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:52AM

M Saravanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, semalam.

Ijazah berkenaan diberikan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terkemuka, Universiti MAHSA.

Ia disampaikan oleh Canselor universiti, Tun Zaki Tun Azmi, selepas Majlis Konvokesyen ke-22 Universiti tersebut di Saujana Putra, semalam.

Konvokesyen itu turut dihadiri pengasas Universiti MAHSA yang juga Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Mohamed Haniffa.

Getaran difahamkan, anugerah terbabit adalah bagi menghargai sumbangan mantan Menteri Sumber Manusia itu kepada segala pembangunan sumber manusia, negara dan masyarakat.

Ia juga sebagai menghargai setiap jasa dan pencapaian beliau sepanjang berkecimpung dalam arena politik.

M Saravanan (tengah) menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Tun Azmi (kanan).
M Saravanan (tengah) menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Tun Azmi (kanan).

Bercakap kepada Getaran, Saravanan berkata, Universiti MAHSA tertarik dengan segala usaha dilakukan beliau bagi meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), iaitu protokol dalam Konvensyen Buruh Paksa.

Timbalan Presiden MIC itu berkata, beliau amat terharu kerana segala usahanya untuk memperkasa agenda kerajaan sepanjang berada di dalam Kabinet menjadi perhatian pihak tertentu.

“Sudah tentu saya amat teruja dan lebih daripada itu, amat terharu.

“Apa yang saya lakukan selama ini hanyalah berusaha memastikan suara kerajaan dan misi mereka untuk memperkasa rakyat serta negara kekal pada landasan yang tepat,” katanya.

Jelas Saravanan, beliau sentiasa komited menggalas amanah diberi walaupun ada kalanya perlu berdepan pelbagai dugaan.

“Ratifikasi Protokol 29 ILO adalah antara pencapaian yang besar sepanjang saya bergelar menteri.

“Menghapuskan budaya buruh paksa sememangnya visi kita satu ketika dahulu, justeru apabila ia dipandang tinggi pihak luar, pastinya saya amat terharu,” katanya.

Saravanan adalah individu penting dalam usaha menyelesaikan krisis pekerja asing beberapa tahun lalu, malah beliau ketika itu turut berdepan kecaman segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu berkenaan.

Ketika itu, isu pekerja asing tidak dilayan secara adil hangat diperkatakan.

Ia mendorong kerajaan mewajibkan pelaksanaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446) sebagai prasyarat untuk majikan, sebelum mereka dibenarkan membawa masuk pekerja asing. - Getaran, 7 Mei 2023














 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar