web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek SSLR Fasa 2 Dan 3 Dalam Proses Penilaian - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:24AM

Fadillah Yusof (kanan) bersalaman dengan hadirin pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT), baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selepas selesai proses itu kelak, projek itu akan dibawa untuk proses tender.

Katanya, fasa pertama projek tersebut yang bermula dari Lawas sehingga ke Pa Berunut sudahpun bermula.

“Saya telah diberikan amanah oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk memastikan pembangunan infrastruktur di Sarawak ini dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Fadillah berkata demikian semasa majlis Peng Lamei Ledoh Pahu Kayan 2023 yang diadakan sebagai tanda kesyukuran tamatnya musim menuai yang dianjurkan Persatuan Kayan Sarawak di sini malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata bagi Fasa Dua projek Pan Borneo yang menghubungkan Miri dengan Limbang dan seterusnya Lawas dengan melalui Brunei akan dapat dilaksanakan pada penggal ini.

Menurutnya kependudukan yang jarang di kawasan terpencil di Sarawak menjadi cabaran kerana mengikut dasar rancangan pembangunan kerajaan Persekutuan, tumpuan pembangunan adalah di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.

Ini menyebabkan kawasan tersebut ketinggalan jauh di belakang dari segi pembangunan namun kerajaan telah mulai memberikan tumpuan yang serius  terhadap pembangunan di Sarawak.

Di peringkat negeri Sarawak katanya beberapa pihak berkuasa pembangunan wilayah telah ditubuhkan yang dilihat dapat melaksanakan pembangunan jalan penghubung yang dapat menghubungkan Pan Borneo dengan jalan pesisir pantai.

“Maknanya jalan-jalan balak akan dinaik taraf dan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan infrastruktur perhubungan di Sarawak ini,” katanya sambil menambah bahawa setiap projek yang dilaksana tidak lari daripada berdepan pelbagai cabaran seperti jumlah kontraktor dan juga bahan binaan.

Pada masa yang sama beliau menyeru supaya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Sarawak di dalam mengadakan program yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran modal insan di negeri itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad