web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedihnya, Penyu Kudung Ditemui Mati Terdampar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 7:09AM

Seekor penyu telah ditemui mati di Pengkalan Nelayan Batu 1, Jalan Seremban berhampiran Medan Ikan Bakar petang semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa insiden dan laporan kematian penyu yang dilaporkan di negara ini, terbaharu seekor lagi haiwan itu daripada spesies Agar ditemui mati di Pengkalan Nelayan Batu 1, Jalan Seremban berhampiran Medan Ikan Bakar petang semalam.

Pengurus Pusat Pemuliharaan Penyu Glory Beach Resort, Hishamudin Abd Manap berkata, awalnya beliau menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 6.15 petang.

Katanya, penyu itu hanya mempunyai satu sayap sebelah kanan, manakala sayap kiri tiada kerana kudung.

“Kesan kudung itu lama kerana cantuman luka itu sudah lama, bukan kecederaan baru.

“Hasil siasatan awal mendapati, penyu itu adalah betina. Usianya anggaran 30 tahun, sepanjang satu meter, lebar 0.8 meter, berat dianggarkan 150 kilogram (kg) dan punca kematian tidak diketahui kerana tiada kecederaan ditemui di tubuhnya.

“Setakat ini kami tidak temui sebab kematian penyu ini,” katanya seperti dilaporkan BH.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kematian penyu itu berpunca daripada sakit atau kemalangan, seperti terlanggar bot atau terkena jaring.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merekodkan 31 kes kematian penyu sejak Januari hingga Mac tahun lalu.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, jumlah kematian itu antara lain disebabkan ombak kuat pada musim tengkujuh yang menyukarkan reptilia tersebut untuk naik ke permukaan air bagi mendapatkan udara.

“Faktor kedua adalah disebabkan aktiviti pukat tunda tidak menepati syarat ditetapkan, iaitu tiada pemasangan alat Peranti Penyisih Penyu (TED). Pemasangan TED amat penting bagi memudahkan penyu yang terperangkap di dalam pukat untuk keluar.

“Penangkapan ikan menggunakan pukat pari atau pukat tangsi bersaiz mata pukat 10 inci ke atas juga, menjadi punca kematian haiwan tersebut. Penggunaan pukat pari seumpama itu sudah diharamkan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pembuangan sampah oleh orang awam ke dalam sungai dan laut turut menjadi ancaman kepada hidupan laut terbabit yang termakan plastik kerana menganggap ia adalah obor-obor.

Antara kejadian penyu dilaporkan media adalah pada 13 Januari tahun lalu, menyaksikan seekor anak penyu dipercayai spesies Karah ditemui mati dengan mulut dipenuhi plastik di pantai Kampung Pulau Kerengga di Marang, Terengganu.

Bangkai anak penyu itu yang turut mengalami kesan luka di badan, ditemui seorang mekanik, Mohd Affendy Abd Aziz, 41, ketika dia berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan.

Seekor penyu spesies Agar jantan dewasa pula, ditemukan mati dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kapas, di Marang, 22 Januari tahun sama.

Punca kematian disahkan akibat lemas selepas terperangkap dalam pukat nelayan.

Sehari kemudian, penyu spesies Agar betina ditemui mati di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu, dipercayai mati akibat tertelan plastik.

Manakala, pada 7 Februari lalu, seekor penyu dipercayai spesies Karah ditemukan mati terdampar di Pantai Beting Lintang di Kampung Gong Batu, Bandar Permaisuri, Terengganu.

Ramlah Mamat, 48, yang menemukan bangkai reptilia itu berkata, dia pada awalnya terhidu bau busuk, sebelum ternampak bangkai penyu terbabit di sebalik ranting pokok ru di tepi pantai berkenaan.

Jelasnya, penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dan dipercayai  sudah mati dalam tempoh beberapa hari kerana bahagian kepalanya hanya tinggal tengkorak, manakala bahagian bawah badannya mula mereput. – Getaran, 7 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad