web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC, Syarikat Telekomunikasi Bincang Isu 5G Isnin Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 7:08AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan bermesyuarat pada Isnin susulan keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan rangkaian 5G di bawah rangkaian tunggal melalui Digital Nasional Berhad (DNB) hingga mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk sehingga akhir tahun ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata beliau akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk beralih kepada model dwirangkaian melibatkan beberapa entiti disertai syarikat telekomunikasi bagi menjalin kerjasama membina menara telekomunikasi yang mencukupi dalam usaha memastikan wujud aspek kelewahan atau lebih daripada satu rangkaian selepas sasaran liputan 5G di bawah rangkaian tunggal itu dicapai.

“Ini bagi memastikan jika ada masalah berlaku pada satu-satu rangkaian (telekomunikasi), masih ada sokongan,” katanya kepada pemberita pada majlis Raya + Influencer 2023 di Muzium Telekom di sini semalam. 

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Beliau berkata perancangan itu diharap akan menjadi situasi menang-menang dengan hak rakyat diutamakan dan pada masa sama, isu monopoli diselesaikan. 

Mengenai isu liputan 4G, Fahmi berkata biarpun capaian dikatakan sudah mencapai 96.92 peratus namun realitinya tidak demikian kerana angka itu cuma agregat atau komposit peratusan capaian semua syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata ini menyebabkan pengguna sering terpaksa menggunakan dua kad sim atau lebih daripada satu syarikat perkhidmatan telekomunikasi. 

"Apabila balik kampung contohnya, tidak ada liputan syarikat telekomunikasi A dan pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk syarikat telekomunikasi B.

“Saya telah mengeluarkan arahan supaya perkara ini diselesaikan bermula bulan Jun,” katanya.

Ditanya mengenai isu judi dalam talian dan iklan palsu di platform media sosial, Fahmi berkata MCMC akan bertemu pihak Meta Platforms Inc (Meta) iaitu pemilik platform media sosial Facebook dan Instagram untuk cuba memahami sebab mereka lambat mengenal pasti penipuan yang berlaku. 

Katanya beliau juga telah mengarahkan Pengerusi MCMC untuk memanggil pihak Meta berhubung perkara itu selain berpandangan ada kewajarannya syarikat penyedia perkhidmatan media sosial itu membuka pejabat di Malaysia bagi memudahkan pemantauan perkhidmatan mereka. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar