web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Keluarga Dan Tanggungjawab, Mahasiswa UUM Rela Beraya Di Perantauan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 7:14AM

Mahasiswa yang tidak pulang ke kampung, mengedarkan kuih raya hasil air tangan mereka kepada petugas barisan hadapan di sekitar Bukit Kayu Hitam dan Changlun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Siapa yang tidak mahu pulang ke kampung ketika menyambut lebaran? Detik-detik bersama keluarga menyambut hari kemenangan sememangnya sesuatu yang membahagiakan buat kebanyakan insan. 

Namun bagi segelintir mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), mereka rela mengorbankan kebahagian itu atas beberapa faktor. 

Meskipun sebahagian besar rakan tetap mengambil peluang pulang ke desa, mereka sebaliknya memilih untuk terus berada di kampus di sepanjang lebaran kali ini. 

Seorang daripada penuntut berkenaan, Zulfaqar Hizami Yazid, 22 berkata, keputusan untuk beraya di kampus dibuat atas dua faktor iaitu demi kesihatan dan keselamatan keluarganya serta bagi memastikan pembelajaran selepas ini tidak terjejas. 

"Siapa yang tidak merasa sedih apabila berjauhan dari keluarga pada hari raya tetapi sejujurnya saya risau untuk merentas negeri dan pulang ke kampung. Covid-19 ini bukannya kita boleh nampak malah tidak mustahil jangkitan boleh berlaku di mana saja di sepanjang perjalanan saya untuk pulang ke kampung di Butterworth, Pulau Pinang. 

"Dalam ahli keluarga saya pun bukan semuanya sihat kerana salah seorang adik ada penyakit semput. Jadi daripada mewujudkan kemungkinan kepulangan saya itu nanti mendatangkan masalah kepada keluarga, adalah lebih baik untuk saya berada di kampus saja," katanya kepada Getaran.

Difahamkan terdapat lebih 1,000 mahasiswa di UUM yang tidak pulang ke kampung termasuk kalangan mahasiswa antarabangsa dari pelbagai negara yang menuntut di gedung ilmu itu. 

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, masalah internet di kampungnya juga menyebabkan dia lebih senang untuk kekal di kampus memandangkan tempoh cuti Aidilfitri kali ini tidak lama. 

"Selepas ini kami perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian. Dengan talian internet yang baik di kampus, saya lebih selesa untuk berada di sini," katanya. 

Sementara itu rakannya, Nur Aliah Amirah Abd. Rahman, 22, berkata, keputusan untuk beraya di kampus buat kali pertama sememangnya mendapat sedikit 'tentangan' daripada ibunya sebelum ini. 

"Mulanya memang ibu tak benarkan malah turut mahu belikan tiket kapal terbang supaya saya dapat pulang beraya dengannya di Puchong, Selangor. Tetapi apabila saya terangkan kedudukan sebenar, ibu kemudiannya beri keizinan.

"Ketika ini, ada beberapa tangggungjawab yang perlu saya selesaikan di sini. Lagi pun bulan depan, kami akan bercuti semester selama kira-kira tiga bulan dan saya boleh pulang untuk bersama keluarga pada masa itu," katanya. 

Tambahnya, buat masa ini dia merasa teruja untuk merasai pengalaman beraya di perantauan bersama rakan-rakan lain yang turut tidak pulang ke kampung masing-masing. 

"Di sini, kami turut menjual kuih-kuih raya hasil air tangan sendiri dengan pemantauan pihak universiti. Di pihak keluarga pula, ibu ada mengirimkan wang untuk saya membeli apa yang dikehendaki sebagai persiapan raya," katanya. 

Sementara itu Pengetua Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds UUM, Dr. Rohafiz Sabar berkata, pihaknya bersama kalangan mahasiswa yang tidak pulang ke kampung halaman itu telah merancang pelbagai aktiviti bersesuaian yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kira-kira dua hari sebelum raya, kami akan mengedarkan kuih-kuih raya hasil air tangan mahasiswa kepada petugas barisan hadapan di Balai Polis Bukit kayu Hitam dan Changlun serta Klinik Kesihatan Changlun.

"Selain itu pada Hari Raya Aidilfitri nanti, kami akan edarkan juga nasi briyani ayam, ketupat, lemang dan rendang kepada mahasiswa yang berada tidak pulang ke kampung. Semua ini bagi membantu menghidupkan suasana di kampus," katanya. - Getaran, 12 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 58 minit yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad