web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Meningkat Ketika Aidilfitri Tapi….

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 10:05PM

Keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes COVID-19 meningkat sebanyak tiga peratus pada musim perayaan Aidilfitri, iaitu pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) bermula dari 23 hingga 29 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 4,963 kes jangkitan COVID-19 direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Seperti yang diperhatikan dalam pelaporan data COVID-19 semasa musim perayaan beberapa tahun kebelakangan ini, sememangnya terdapat sedikit peningkatan kes, iaitu sebanyak tiga peratus kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 17/2023 berbanding 4,817 kes yang dilaporkan pada ME 16/2023 (16 April 2023 hingga 22 April 2023).

“Data dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) juga menunjukkan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan awam meningkat dari 4.8 peratus bagi setiap 100,000 populasi kepada 5.8 peratus bagi setiap 100,000 populasi pada ME 17/2023 berbanding ME 16/2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Muhammad Radzi berkata, keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.

Katanya, majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi, seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan serta hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Pesakit kategori 1 dan 2, meningkat daripada 1.4 peratus kepada 1.8 peratus setiap 100,000 populasi, manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat daripada 1.3 peratus kepada 2 peratus per 100,000 populasi.

“Bagi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 17 pula, katil bukan kritikal, meningkat sebanyak tiga peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat tiga peratus manakala pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.2 peratus.

“Untuk makluman, peratus pengisian katil ICU COVID-19 pada 4 Mei (semalam) ialah 15 peratus, manakala katil bukan kritikal COVID-19 ialah 23 peratus,” katanya.

Menurut beliau lagi, sehingga ME 17/2023, terdapat sebanyak 33 kluster COVID-19 yang masih aktif.

“Sebanyak satu kluster dilaporkan pada ME 17/2023, iaitu penurunan sebanyak 75 peratus berbanding empat kluster pada ME 16/2023.

“Kluster pada ME 17/2023 adalah kluster kumpulan berisiko yang berlaku di pusat jagaan warga emas, manakala empat kluster dilaporkan pada ME 16/2023 membabitkan tiga kluster pendidikan dan satu kluster tempat kerja,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, KKM menjangkakan sedikit peningkatan kes COVID-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan orang ramai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak.

Susulan itu, katanya, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan COVID-19.

“Sesi persekolahan juga sudah bermula minggu ini. Bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan, KKM ingin menasihatkan agar pelajar, guru dan kakitangan dinasihatkan supaya kerap mencuci tangan dengan pensanitasi serta memakai pelitup muka, terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak.

“Mereka juga perlu membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke institusi pendidikan sekiranya bergejala dan Mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sekiranya bergejala,” katanya.

Sementara itu, Dr Muhammad Radzi juga menggesa ibu bapa atau penjaga agar mengambil peranan dan bertanggungjawab memantau status kesihatan anak dan tidak menghantar mereka yang bergejala ke institusi pendidikan.

“KKM sentiasa komited dan akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan optima, bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan selamat,” katanya. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad