web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Berjaya Bawa Pulang Lelaki Terbabit Siasatan Kes 1MDB, SRC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 7:12PM

Sumber itu berkata SPRM berjaya membawa pulang individu berkenaan hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu warga tempatan dari luar negara yang terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang sedang dalam siasatan SPRM kerana disyaki menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB serta SRC, telah menghilangkan diri sejak 2018, dan dia tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada pukul 3.30 pagi dua hari lepas.

Sebaik tiba di klia2, lelaki itu dikatakan telah diberikan Notis Perintah untuk hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi hari yang sama (Rabu).

"Pegawai SPRM telah merakamkan keterangan beliau dan penggeledahan rumah telah dilakukan pada hari yang sama," kata sumber itu.

Menurutnya hasil siasatan individu itu dipercayai telah menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited, dan dia juga dipercayai telah menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Sumber itu berkata SPRM berjaya membawa pulang individu berkenaan hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan berkata SPRM sedang berusaha untuk membawa pulang beberapa lagi aset terkait 1MDB daripada beberapa individu yang terlibat di Singapura.

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad