web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dwirangkaian 5G Disifatkan Penyelesaian Menang-Menang - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 8:07PM

Ahli Ekonomi berkata langkah 'memecah’ rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan sekali gus mampu menarik minat pelaburan asing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pelaksanaan rangkaian itu di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) mencapai 80 peratus liputan, disifatkan sebagai jalan penyelesaian 'menang-menang'. 

Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Prof Barjoyai Bardai berkata langkah 'memecah’ rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan sekali gus mampu menarik minat pelaburan asing. 

“Apabila dibuka kepada pemain lain selepas capaian mencapai 80 peratus, ini akan memberi peluang pertandingan dalam pasaran atau pertandingan bermonopoli iaitu ada satu syarikat besar dan syarikat kecil bertanding.

“Dalam hal ini, syarikat kecil akan menjadi asas perbandingan kerana kalau mereka boleh menawarkan kecekapan terbaik pada harga yang rendah apabila pelaksanaan, syarikat besar perlu mengikuti langkah sama,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata sekiranya pasaran 5G mengembang dalam jangka masa tiga tahun akan datang, dijangka 80 peratus pasaran yang dipegang oleh syarikat tunggal akan menurun kepada 60 peratus.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyifatkan pelaksanaan dwirangkaian 5G sebagai langkah tepat memandangkan tiada sebab yang kukuh untuk bergantung kepada satu entiti sahaja bagi pelaksanaan sebuah inisiatif besar. 

“Penggantungan kepada sebuah syarikat sahaja hanya akan menghalang inovasi, menimbulkan rasa tidak puas hati, berupaya meningkatkan risiko rasuah dan membantutkan sebarang perubahan,” katanya kepada Bernama. 

Mengenai amaran Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) tentang keselamatan negara sekiranya menggunakan kelengkapan 5G keluaran Huawei, Rais berkata berdasarkan data umum, hampir semua negara EU termasuk Jerman, Perancis, United Kingdom dan Sepanyol menggunakan kelengkapan Huawei untuk pelaksanaan 5G di negara mereka.

“Ini adalah negara besar...dan perubahan landskap geopolitik juga menuntut Malaysia kekal neutral dalam keutamaan teknologi dan sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu melakukan yang terbaik untuk jangka masa panjang.

“Kita tidak boleh bergantung kepada satu teknologi dan rangkaian sahaja. Saya rasa adalah penting untuk kita mempunyai kelebihan yang berdaya tahan serta teguh yang akan dapat menangani semua kemungkinan,” katanya dalam program Bernama TV, The Brief hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad