web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Di Geneva Bincang Pembaharuan Dasar Dadah, Penjara Bukan Solusi…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 1:50PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berada di Geneva, Switzerland untuk mempelajari, mengadakan perbincangan dan membina rangkaian dalam kalangan pemimpin dari pelbagai negara berkenaan Pembaharuan Dasar Dadah.

Perkara itu dimaklumkan Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

“Di Geneva Switzerland untuk jemputan untuk belajar, berbicara dan (membina) rangkaian dalam kalangan pemimpin dari negara berbeza mengenai Pembaharuan (Dasar) Dadah.

“Di Parlimen saya sering membincangkan isu reformasi undang-undang dadah negara,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan data dan kajian saintifik, merawat masalah ketagihan dadah adalah lebih baik daripada menghukum.

“Penjara bukan solusi. Pada hakikatnya, ia menjadikan kebergantungan dadah lebih teruk.

“Perangi pengedar dadah, bukan pengguna kecil atau penagih yang memerlukan bantuan dari sudut kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq pernah meminta orang ramai mengubah persepsi terhadap penagih dadah di negara ini supaya tidak dilihat sebagai pesalah yang perlu dihukum, sebaliknya mereka yang memerlukan rawatan.

Beliau berkata, kebanyakan pesakit tersebut menggunakan dadah sebagai satu jalan untuk melupakan tekanan sama ada fizikal atau mental.

Ujarnya lagi, terdapat pesakit yang berdepan dengan masalah mental kronik seperti schizophrenia.

“Rekod daripada suku pertama tahun lepas menunjukkan 107,781 pesakit yang direkodkan. Satu peratus daripada jumlah ini adalah mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, 30 peratus pesakit pula bekerja dalam sektor swasta.

“Tidak kisah mereka ini datang dari sektor mana sekalipun, mereka tetap manusia biasa yang tidak terlepas daripada tekanan hidup,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan masyarakat perlu mengubah pemikiran kepada merawat daripada menghukum. 

“Kita perlu melihat mereka sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan bukan menganggap mereka sebagai seorang pesalah sama seperti penjenayah melakukan jenayah berat.

“Antara sebab penggunaan dadah sebenarnya adalah kemiskinan, kemurungan, masalah keluarga dan paling teruk adalah rasa keseorangan,” katanya.

Syed Saddiq berharap sekiranya terdapat seseorang yang rapat berdepan dengan masalah dadah, maka masyarakat perlu bertindak sebagai sahabat, keluarga dan rakan sekerja untuk menjadi sistem sokongan serta memberikan sokongan agar mereka pulih.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu memandang lebih jauh mengenai isu tersebut selain tidak bersifat skeptikal terhadap pesakit kerana mereka juga pesakit yang memerlukan rawatan seperti individu normal lain. – Getaran, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad