web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemalsuan Ujian Keselamatan: Daihatsu Hadir Beri Penjelasan Kepada Pihak Berkuasa Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 9:25AM

Ibu pejabat Daihatsu Motor Co Ltd’s di Osaka, Jepun. – Gambar dari Tokumeigakarinoaoshima Wikimedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Pegawai tertinggi Daihatsu Motor Co Ltd hadir di hadapan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis dan Homologasi Malaysia (NCVTA) semalam, susulan pemalsuan ujian keselamatan yang menyelubungi 88,000 kereta di bawah syarikat gabungan Toyota Motor Corp.

Difahamkan, Presiden Daihatsu, Soichiro Okudaira memberi penjelasan terperinci kepada 13 anggota NCVTA, yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim pada Selasa.

Okudaira, mantan pegawai eksekutif kanan Toyota, ditemani oleh eksekutif Toyota Malaysia dan Perodua semasa sesi khas di Kementerian Pengangkutan, semalam.

Soichiro Okudaira -  Gambar dari global.toyota
Soichiro Okudaira - Gambar dari global.toyota

Dianggap sebagai usaha untuk bersikap telus dan mengurangkan kebimbangan pengawal selia, Presiden Daihatsu berusia 67 tahun itu diterbangkan ke Malaysia tiga hari selepas taklimat akhbar oleh Pengerusi Toyota, Akio Toyoda dan ketua eksekutif (CEO) Koji Sato, di mana kedua-duanya membuat pengakuan mengenai pemalsuan sebahagian daripada ujian keselamatan pelanggaran sisi pintu bagi beberapa model kereta yang kebanyakannya dijual di bawah jenama Toyota.

Semasa sidang media kecemasan secara langsung yang diadakan pada jam 9 malam waktu Jepun Jumaat lalu, Toyoda menzahirkan kekecewaan dan kemarahannya berikutan pendedahan ujian palsu oleh pemberi maklumat dalaman.

“Kesalahan Daihatsu Motor Co Ltd adalah perkara melibatkan keselamatan, yang merupakan aspek terpenting kenderaan. Kami menganggap ini satu tindakan yang sama sekali tidak boleh diterima yang mengkhianati kepercayaan pelanggan kami.

“Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan kami di seluruh dunia dan semua pihak yang berkaitan atas kesulitan dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh perkara ini,” kata Toyoda.

Reuters melaporkan eksekutif Toyota telah mendedahkan kemasan pintu kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan "takuk" untuk meminimumkan risiko dalam ujian bahagian dalam pintu boleh pecah dengan bucu tajam dan menyebabkan kecederaan kepada penumpang apabila beg udara sisi digunakan dalam kemalangan.

Bagaimanapun, syarikat itu dilaporkan berkata, pengubahsuaian yang dilakukan untuk ujian tersebut bukan sebahagian daripada kenderaan pengeluaran.

Kira-kira 76,289 unit Toyota Vios untuk pasaran di Mexico, Thailand, dan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta 11,834 Perodua Axia berkemungkinan terjejas disebabkan insiden tersebut.

Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Axia adalah utuh.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan kami mengenai perkara ini dan kami ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kami disahkan oleh badan profesional,” katanya pada Ahad.

Perodua memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Axia adalah utuh. - Gambar dari Facebook Perodua
Perodua memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Axia adalah utuh. - Gambar dari Facebook Perodua

Seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan berkata, semasa mesyuarat semalam, Okudaira memaklumkan kepada badan kawal selia Malaysia melalui jurubahasa mengenai perkembangan terkini dan tahap pematuhan Daihatsu terhadap piawaian keselamatan impak kemalangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), biasanya dikenali sebagai UNECE R95, dan juga Organisasi Penyeragaman GCC.

Difahamkan, taklimat teknikal turut disediakan oleh eksekutif Daihatsu yang berpangkalan di Osaka melalui persidangan maya, semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri 12 lagi anggota NCVTA yang terdiri daripada wakil Kementerian Pengangkutan; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Agensi Pengangkutan Awam Darat; Jabatan Alam Sekitar; Jabatan Kastam; Jabatan Standard; Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia; Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia; Sirim Bhd dan Puspakom Sdn Bhd.

Tidak dapat dipastikan sama ada jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan diberikan pegawai Daihatsu, Toyota dan Perodua semalam.

“JPJ mungkin perlu memberikan cadangan kepada menteri pengangkutan mengenai tindakan seterusnya,” kata sumber itu.

Ia juga tidak jelas sama ada model Toyota dan Perodua yang terjejas telah diperakui oleh badan keselamatan bebas di Jepun atau telah pun melengkapkan penarafan ujian kemalangan Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP).

The Vibes sedang mendapatkan komen daripada JPJ, Asean NCAP, dan Global NCAP untuk penjelasan berhubung perkara itu. —The Vibes, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad