Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Kes Denggi Terus Menurun, Tiada Kematian Direkodkan – KKM

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 4:08PM

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 36,997 berbanding 12,941 bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 24,056 (185.9 peratus) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes denggi di negara ini terus mencatatkan penurunan, apabila hanya 1,775 jangkitan dilaporkan, berbanding 1,877 minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, penurunan sebanyak 102 kes atau 5.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-17 itu turut menyaksikan tiada kematian direkodkan.

Menurut beliau, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 36,997 berbanding 12,941 bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 24,056 (185.9 peratus).

“Sepanjang tempoh itu, 22 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding tujuh kematian,” katanya hari ini.

Katanya, sebanyak 103 lokaliti hotspot dilaporkan minggu ini, berbanding 116 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, 58 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (25), Sabah (tujuh) Kuala Lumpur dan Putrajaya (enam), Perak (lima) dan masing-masing satu di Kedah serta Sarawak,” katanya.

Beliau memberitahu, survelan chikungunya merekodkan empat kes pada minggu ke-17 dengan dua kes dari Selangor dan masing-masing satu dari Kedah serta Perak.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 124 kes dan bagi survelan zika, sebanyak 973 sampel darah serta 37 sampel urin telah dijalankan saringan zika, dengan kesemuanya disahkan negatif,” katanya.

Tegas Dr Muhammad Radzi, terdapat pelbagai jenis tempat pembiakan nyamuk di persekitaran, antaranya bekas penyimpanan air, sampah, barang lusuh atau bahan buangan dan struktur buatan manusia.

“Pastikan tiada bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes dengan melupuskan barang lusuh, sampah atau bekas tidak digunakan di tempat yang telah ditentukan.

“Letak bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas penyimpanan air, contohnya tong, kolah air dan pam tandas yang tidak digunakan,” katanya.

Orang ramai juga jelas beliau, diminta memeriksa dan membuang bekas air yang bertakung pada alas penapis air, alas pinggan, bekas makanan haiwan dan alas pasu.

“Selain melakukan aktiviti cari dan musnah bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes, mash terdapat banyak tempat persembunyian nyamuk di persekitaran kita.

“Maka, lakukan semburan aerosol di belakang langsir, pada pakaian bergantungan di belakang pintu, di bawah meja, kerusi dan katil serta tempat yang gelap bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa,” ujarnya.

Tambah Dr Muhammad Radzi, orang juga boleh memasang jaring nyamuk (mosquito mesh) di tingkap dan pintu rumah bagi menghalang nyamuk memasuki kediaman.

“Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Denggi Di Kedah Meningkat 356.5 Peratus Setakat 13 Mei

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Denggi Catatkan Penurunan, 1,877 Kes Direkodkan

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Mitos Denggi Yang Perlu Anda Tahu, Jangan Terpedaya

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Denggi Meningkat, 4 Kematian Sepanjang Minggu Lalu

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Sukan 19 jam yang lalu

Tiket Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Mula Dijual Hari Ini

Politik 17 jam yang lalu

Gelombang PN Pada PRU-15 Masih Belum Terpadam - Tuan Ibrahim

oleh Susan Albert

Semasa 23 jam yang lalu

Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

oleh Susan Albert