web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bella: Dasar Dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Perlu Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 4:04PM

Hari ini, Mahkamah Seksyen di sini mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes pengabaian dan penderaan seperti dialami seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella adalah manifestasi kepada kelompangan perundangan, yang perlu segera dilitupi dengan penambahbaikan kepada Akta Kanak-Kanak 2001.

Menerusi kenyataan bersama empat peguam pemerhati kes perbicaran Bella, langkah penambahbaikan segera itu bertujuan menjadikan akta terbabit lebih inklusif bagi melindungi kanak-kanak daripada pengabaian, penganiayaan, penderaan dan ekploitasi.

Katanya, ia antara lain bagi memastikan operasi pusat yang berkaitan dengan asuhan, jagaan atau perlindungan kanak-kanak hanya dilakukan mereka yang benar-benar terlatih, bukan menjadikan tempat tersebut sebagai medium untuk mengaut derma atau sumbangan daripada mana-mana pihak.

“Justeru adalah menjadi keutamaan yang mendesak untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak, mengaktifkan segera Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-Kanak komprehensif yang sedia wujud.

 “Ia bagi memastikan kes Bella ini tidak akan berlaku lagi dalam negara kita yang bertamadun ini,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pelan dan dasar tersebut perlu dilaksanakan dengan pematuhan tegas serta tidak boleh hanya berbunyi secara bermusim setiap kali kes penderaan kanak-kanak berlaku.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Baljit Singh, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Kecederaan yang dialami oleh Bella terlalu sakit untuk ditanggung seorang kanak-kanak, hingga kesan kekalnya akan menyebabkan trauma dari segi mental, emosi dan fizikal mangsa - Gambar Fail
Kecederaan yang dialami oleh Bella terlalu sakit untuk ditanggung seorang kanak-kanak, hingga kesan kekalnya akan menyebabkan trauma dari segi mental, emosi dan fizikal mangsa - Gambar Fail

Keempat-empat peguam berkenaan berkata, mereka melihat sendiri kecederaan akibat penderaan diterima Bella sejak mula mengikuti kes itu.

Kecederaan itu, jelas mereka, terlalu sakit untuk ditanggung seorang kanak-kanak, hingga kesan kekalnya akan menyebabkan trauma dari segi mental, emosi dan fizikal mangsa.

Hari ini, Mahkamah Seksyen di sini mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Siti Bainun, 31, di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan kes itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias, manakala Siti Bainun diwakili peguam, Mohammad Farhan Maaruf.

Mengulas lanjut, keempat-empat peguam itu berkata, dengan keterangan 22 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan, perbicaraan yang berlangsung selama hampir 2 tahun itu akhirnya sampai ke penghujung.

“Ia akhirnya menyaksikan keadilan untuk Bella yang kesnya diikuti rapat ramai rakyat Malaysia, dapat ditegakkan,” kata mereka.

Pada masa sama, mereka berkata, perbicaraan kes itu menjadi tular dan menarik perhatian seluruh masyarakat apabila tertuduh diwakili 10 peguam.

Ujar mereka, ia turut menyaksikan campur tangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menerima menghadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu, Datuk Seri Rina Harun, tahun lalu.

Baginda seusai pertemuan menitahkan agar empat peguam baginda, iaitu Baljit Singh Sidhu, Khairul Anwar, Ikbal dan Mohd Radzi hadir pada setiap prosiding kes tersebut sebagai peguam pemerhati, bagi membantu pasukan pendakwaan.

Sementara itu, keempat-empat peguam terbabit berkata, dengan sabitan dan hukuman diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan, tertuduh masih mempunyai ruang untuk merayu ke Mahkamah Tinggi jika beliau berkehendak sedemikian.

Pada masa sama, pihak pendakwaan juga mempunyai hak untuk merayu sekiranya hukuman diputuskan pada hemahnya sebagai tidak mencukupi. 

“Pihak kami sebagai peguam pemerhati lantikan TMJ merakamkan penghargaan kepada aktivis JusticeforBella yang membuka mata masyarakat akan episod penderaan yang berlaku, selain menjunjung kasih di atas keprihatinan Tunku Ismail dan isteri (Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam),” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar