web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jawatankuasa PRO-TEM Kaji Keperluan Masukkan SPRM Di Bawah Seliaan EAIC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 9:00AM

Azalina Othman Said - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) antara yang diteliti dalam sesi perbincangan pengukuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pertama, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC bagi memantau salah laku agensi penguatkuasaan.

“Antara perkara yang telah dibincangkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pro-tem yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 19 April 2023.

“Jawatankuasa Pro-tem ini akan, antara lain mengkaji keperluan memasukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah sebuah agensi penguatkuasaan yang disenaraikan di bawah seliaan EAIC,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susulan itu, Azalina berkata Jawatankuasa Pro-tem itu  akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan semua pihak berkepentingan termasuk Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta badan bukan kerajaan dalam masa terdekat.

“Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri amat komited dalam mewujudkan sebuah badan benar-benar bebas yang mempunyai kuasa kawalan tatatertib yang efektif dan berkesan untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” katanya.

Mesyuarat yang diadakan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) semalam dihadiri Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan wakil EAIC, BHEUU, Jabatan Peguam Negara (AGC), SPRM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri.

EAIC ditubuhkan melalui Akta 700 yang telah diwartakan pada 3 Sept 2009 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2011.

Ketika ini, terdapat 21 agensi penguatkuasaan disenaraikan di bawah Jadual Akta 700 dan pemakaiannya kepada SPRM telah dikecualikan melalui peruntukan di bawah subseksyen 1(5) Akta 700. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad