web statsweb stats

Berita Terkini

46 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 47 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Punca Kematian Budak 12 Tahun Bukan Disebabkan Strok Haba – JKNJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:05PM

Allahyarham Airiel Syahren Syahrol - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kluang, Johor semalam, bukan disebabkan strok haba.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, hasil siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kematian kanak-kanak itu disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kerana sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“JKNJ ingin terlebih dahulu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Punca kematian disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan media.

“JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki mengalami simptom strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata, anak keduanya Airiel Syahren Syahrol, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami gejala demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat.

Ujarnya lagi, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan mengalami radang otak. - Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad