web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai RTM, Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Di Lipis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:10PM

Mohd Zubairi meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM18 Jalan Lipis-Benta, Lipis, hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertugas di Angkasapuri, Kuala Lumpur dan pemandu lori maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di KM18 Jalan Lipis-Benta, Lipis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian sekitar 1.40 tengah hari itu, Mohd Zubairi Abdullah, 47, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan pemandu lori Chang Kai Meng, 58, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Allahyarham Mohd Zubairi Abdullah
Allahyarham Mohd Zubairi Abdullah

Beliau berkata siasatan awal mendapati Zubairi bersama empat anaknya dan seorang anak saudaranya dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Benta untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh lori dipandu Chang secara berhadapan. 

“Sejurus itu, lori dinaiki Chang bersama anak perempuannya turut dirempuh dari belakang oleh kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun, namun pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan,”  katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Azli berkata bedah siasat kedua-dua mangsa akan dilakukan selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh manakala lima penumpang Toyota Wish dan kelindan lori tersebut dibawa ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad