Berita Terkini

50 minit yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 51 minit yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 52 minit yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 53 minit yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 53 minit yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


Tiba Masa Untuk Penambahbaikan – Ketua Pengarah Kesihatan Baharu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:06PM

Dr Radzi Abu Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kepimpinan baharu Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui bahawa negara tidak boleh meneruskan sistem penjagaan kesihatan seperti hari ini, yang memfokuskan untuk menjadi lebih reaktif daripada pencegahan, memandangkan cabaran yang timbul daripada wabak COVID-19.

Ketua Pengarahnya yang baharu dilantik, Datuk Dr Radzi Abu Hassan berkata, terdapat keperluan untuk pembaharuan dan memperhalusi sistem, yang kini sepatutnya menjurus kepada pencegahan dan bukannya elemen kuratif.

Menurutnya, sistem itu harus menjurus kepada pencegahan berdasarkan prinsip ‘kesihatan sepanjang hayat’ untuk memastikan negara tidak terjerumus ke dalam krisis penjagaan kesihatan awam lain.

Justeru, katanya, KKM perlu mengeluarkan kertas putih kesihatan (HWP) yang dijadual dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Dr Radzi berkata demikian ketika berucap pada sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Utara di Dewan Sri Pinang di sini, di mana beliau menekankan tentang keperluan untuk menentu ukur sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta agar sesuai dengan keperluan semasa rakyat Malaysia.

Sesi hari ini mendapat sambutan meriah dalam kalangan doktor dan pengamal perubatan lain di sini.

Dr Radzi berkata, aduan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai keperluan untuk menyemak semula yuran perundingan untuk pengamal am perubatan swasta (GP) boleh dipertimbangkan, tetapi ia perlu dilakukan selepas selesai HWP.

Katanya, kementerian mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh GP dalam penjagaan primer rakyat Malaysia.

Dr Kanthan Murugiah, yang hadir pada sesi itu, menggesa struktur yuran tersebut disemak semula kerana ia tidak diteliti sejak 25 tahun lalu walaupun negara mengalami kenaikan kos sara hidup.

GP yang secara umumnya merawat pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit hanya boleh mengenakan bayaran maksimum RM80, walaupun kos menguruskan klinik masing-masing tinggi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr T Jayabalan menarik perhatian panel penasihat HWP, termasuk mantan Menteri Kesihatan, Tan Sri Dr S Subramaniam, Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii, dan Pengarah Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein.

Beliau meminta KKM mengamalkan sistem kewangan yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk golongan kaya.

Katanya, terdapat keperluan besar untuk memastikan penjagaan kesihatan yang baik dibuat dengan harga berpatutan.

Dr Jayabalan berkata, 70 peratus daripada pakar terbaik adalah dalam klinik swasta, manakala sektor awam menampung 70 peratus pesakit di negara ini, termasuk golongan kaya.

“Kita perlu memperbetulkan ketidakseimbangan itu,” katanya.

Perkara lain yang dibangkitkan termasuk menggunakan model China, di mana kanak-kanak dari sekolah rendah perlu menjalani latihan fizikal selama satu hingga dua jam setiap hari.

Beliau berkata, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes boleh dirawat sebaik-baiknya dengan prinsip kesihatan yang kukuh sejak usia muda.

Semua kemudahan canggih untuk merawat penyakit seperti penyakit kardiovaskular adalah sia-sia, melainkan tumpuan diberikan kepada pencegahan, kata seorang doktor.

“Oleh itu, adalah terbaik untuk bermula awal, ketika mereka masih kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Dr Rozita berkata, HWP juga akan melihat penjagaan warga emas, kerana data kementerian menunjukkan golongan tersebut membelanjakan dua hingga tiga kali ganda lebih banyak untuk perbelanjaan penjagaan kesihatan berbanding orang dewasa biasa yang bekerja.

Beliau juga berkata, kertas putih itu akan mengambil kira keadaan persekitaran, kerana terbukti bahawa faktor seperti gelombang panas dan kemarau boleh menjejaskan penjagaan kesihatan awam secara negatif. - The Vibes, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatan Agong Bukan Sekadar Hiasan, Tuntut Tanggungjawab Besar Penuhi Amanah

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Solat Jumaat Di Semenyih, Kehadiran Disambut Meriah

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Video Bayi Perempuan Dikasari Berlaku Di Pusat Jagaan Di Batu Caves

Semasa 14 jam yang lalu

Anwar Bangkit Isu Tandas Sekolah Rosak, Kotor Yang Tiada Kesudahan