web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Keluar Tanpa Disiasat, Ia Hanya Buang Masa…’ - Ustaz Wadi Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:09PM

Ustaz Wadi Annuar (tengah) pada sidang media beliau hari ni. - Tangkap layar dari video di Facebook Ustaz Wadi Annuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi ambil keterangan penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di sini, hari ini tidak berjalan seperti dirancang selepas dua peguamnya dihalang menemani beliau.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Ustaz Wadi Annuar, hari ini.

Menurut Ustaz Wadi Annuar atau nama sebenarnya Mohamad Wadi Annuar Ayub, beliau tiba di perkarangan pejabat JAIPs bersama dua peguamnya kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, kehadiran mereka disambut oleh seorang pegawai jabatan agama tersebut tetapi hanya membenarkan seorang peguam menemaninya masuk ke premis berkenaan.

“Setibanya di pintu pagar, saya telah diberitahu oleh seorang pegawai yang tidak memperkenalkan dirinya, hanya apabila peguam bertanya barulah dia memperkenalkan diri sebagai Encik Amnan.

“Setelah masuk di perkarangan JAIPs, telah berlaku satu pertelingkahan di mana hanya seorang peguam dan saya dibenarkan masuk.

“Apabila berhujah, mereka mengatakan bahawa enakmen JAIPs tidak membenarkan lebih daripada dua orang masuk bagi tujuan siasatan,” katanya.

Ustaz Wadi Annuar berkata, selepas mendapat arahan daripada Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, baharulah beliau dan dua peguamnya dibenarkan masuk.

Bagaimanapun katanya, selepas masuk di bahagian penguatkuasaan, beliau dan peguamnya dibiarkan menunggu beberapa ketika sebelum dipanggil ke bilik siasatan.

“(Namun) Telah berlaku lagi pertelingkahan antara Puan Khadijah dan Encik Amnan dengan barisan peguam di mana mereka telah mengarahkan peguam supaya keluar dari bilik siasatan. Perkara ini dibantah oleh saya.

“Malah tiada apa-apa soalan dikemukakan setelah kira-kira setengah jam menunggu dan ini hanya membuang masa saya dan peguam. Sehingga 11.30 pagi, saya keluar tanpa disiasat,” katanya.

Sementara itu, Najmuddin menegaskan tiada keperluan untuk peguam kepada penceramah bebas terbabit berada bersama anak guamnya dalam sesi beri keterangan hari ini.

Katanya, proses berkenaan tidak dapat dijalankan kerana Ustaz Wadi Annuar dipercayai pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN di Kangar.

“Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia menghilang diri dan dipercayai sudah pulang ke Kompleks Pendidikan MATIN di Kangar.

“Memang kita hendak ambil keterangan beliau tetapi kita hanya mahukan beliau seorang sahaja yang berada di premis kita dan tiada keperluan untuk peguamnya hadir sekali kerana ini bukannya perbicaraan mahkamah,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro.

Katanya, kehadiran peguam pendakwah berkenaan ke dalam premis JAIPs juga diberikan atas budi bicara pegawai penyiasat JAIPs.

Najmuddin berkata, setakat ini pihaknya masih belum membincangkan lagi penjadualan semula kehadiran Ustaz Wadi Annuar bagi diambil keterangannya.

Pada 28 Mac lalu, sekitar 800 hingga 1,000 orang menghadiri program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar yang diadakan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Anggota penguatkuasa JAIPs yang tampil ingin bertemu dengan Ustaz Wadi Annuar untuk mengambil keterangannya selepas majlis itu bagaimanapun dihalang oleh ratusan hadirin termasuk pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin yang berada di kompleks berkenaan. – Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad