web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Kru Hilang Selepas Kapal Tangki Terbakar Dipercayai Masih Hidup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:12PM

Ketiga-tiga identiti kru kapal telah dikenal pasti dengan dua daripadanya warga India manakala seorang lagi warga Ukraine. - Gambar ihsan APMM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga kru kapal yang hilang selepas sebuah kapal tangki MT Pablo berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi semalam, dipercayai masih hidup.

Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketiga-tiga identiti kru kapal telah dikenal pasti dengan dua daripadanya warga India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.

"Ada kemungkinan mereka masih terselamat jika dapat melarikan diri daripada kawasan kebakaran iaitu ruangan tengah kapal. Mungkin ada ruangan yang tertutup yang kedap udara menyebabkan kawasan itu tidak terjejas.

"Namun jumlah bekalan oksigen pula bergantung kepada saiz ruangan berkenaan, sekiranya saiz kecil mungkin boleh bertahan sehari, atau jika ruangan itu besar mungkin mereka boleh bertahan beberapa hari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Saiful Lizan berkata dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 3 petang semalam itu, terdapat seramai 28 kru di dalam kapal tersebut dengan 25 daripadanya telah diselamatkan manakala tiga lagi masih dicari.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang memasuki hari kedua dijalankan itu melibatkan pelbagai aset laut dan udara daripada beberapa agensi termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Laut Johor dan Pelabuhan Johor.

"Carilamat yang dijalankan terbahagi kepada empat sektor antaranya kawasan pencarian menggunakan aset laut seluas 47.4 batu nautika dan aset udara dengan seluas 23.76 batu nautika.

"Selain itu, kita juga akan mendapatkan khidmat pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memasuki kapal yang masih dipenuhi asap itu esok dalam usaha menjalankan carilamat di atas kapal, memandangkan terdapat kemungkinan tiga kru kapal hilang terperangkap di dalamnya," katanya.

Menurut beliau punca kebakaran masih dalam siasatan, bagaimanapun tiada sebarang tumpahan minyak di lokasi kejadian kerana kapal tangki yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap itu tidak membawa muatan.

Kapal tangki tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar