web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Korea Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 7:07PM

Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Park Jin di Perdana Putra, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan Park Jin yang antara lain membincangkan kerjasama memperkukuh hubungan Malaysia-Korea Selatan. 

Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di Perdana Putra di sini sempena lawatan kerja Park selama dua hari ke Malaysia bermula Isnin, dan ini merupakan lawatan sulung Park ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Korea Selatan pada Mei 2022.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata lawatan Park adalah bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) oleh Malaysia dan Korea Selatan.

“Lawatan ini akan menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk menaik taraf hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, berlandaskan prinsip kepentingan bersama, saling percaya dan kesalinghubungan sesama rakyat,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak RM114.21 bilion (US$25.94 bilion), meningkat 29.3 peratus daripada nilai yang dicatatkan pada 2021.

Korea Selaran juga merupakan pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan bernilai RM33.0 bilion (US$9.25 bilion). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Konsep Malaysia MADANI Dijangka Bantu Tingkat Hubungan 2 Hala Malaysia-Korea Selatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad