web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru KAFA, Imam Di Selangor Antara Dapat ‘Durian Runtuh’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 5:43PM

Cek cura berjumlah lebih RM56 juta untuk imbuhan tahunan dan elaun itu turut melibatkan siak di seluruh Selangor. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan hari ini menyerahkan cek cura berjumlah lebih RM56 juta untuk imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di seluruh Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malsyaia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, cek itu dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang Selangor Darul Ehsan.

“Sukacita dimaklumkan kerajaan Persekutuan hari ini telah menyerahkan cek cura peruntukan kewangan JAKIM bagi tahun 2023 untuk Selangor.

“Agihan berjumlah RM56,412,369.60 tersebut adalah imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di seluruh Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hakimah Mohd Yusoff - Gambar Bernama
Hakimah Mohd Yusoff - Gambar Bernama

Menurut beliau, perincian peruntukan itu adalah bagi pembayaran imbuhan sebanyak RM850 (sebulan) kepada 752 imam, elaun sebanyak RM900 (sebulan) kepada 242 guru takmir dan elaun sebanyak RM1,261.35 (sebulan) kepada 2,800 guru KAFA.

“Selain itu, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM232.80 (setahun) kepada 2,482 imam, bilal, siak dan guru takmir.

“Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas ‘one-off’ sebanyak RM600 kepada 752 imam, 1488 bilal dan siak serta 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan kewangan JAKIM kepada negeri Selangor adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam tahun 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Februari lalu.

“Semoga dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah (berjaya) yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. – Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad