Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Akhirnya TH Terbela Dari Fitnah Keji Sesama Islam, Alhamdulillah! - Mujahid

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 3:44PM

Tabung Haji - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menarik nafas lega apabila isu penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam yang dikaitkan dengan beliau, terbukti satu fitnah.

Menurut beliau, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan bekas Ahli Jawatakuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abdu Rani yang kalah saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 September 2022.

“Isu saya jual hotel TH terbukti di dua mahkamah satu fitnah!

“Terima kasih peguam, Noorazmir dan akhirnya TH terbela dari fitnah keji sesama Islam. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Awal hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Akam menolak rayuan Ahmad Dusuki berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak menerima saman fitnah difailkannya terhadap Mujahid.

Peguam mewakili Mujahid, Noorazmir Zakaria berkata, mahkamah turut menetapkan kos RM7,000 kepada Ahmad Dusuki susulan penolakan rayuan saman fitnah berkenaan.

Katanya, saman tersebut difailkan Ahmad Dusuki berhubung ciapan di Twitter oleh Mujahid pada 22 November 2020.

Pada 14 September 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki terhadap Mujahid.

Saman fitnah itu berikutan kenyataan Mujahid di Twitter pada 22 November 2020 iaitu 'Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa. Berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya'.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) membuat kenyataan itu, selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset Tabung Haji (TH) dijual kepada orang bukan Islam.

“Semasa menolak rayuan Ahmad Dusuki hari ini, Hakim Datuk Khadijah Idris memberikan alasan ringkas. Antaranya mahkamah mendapati defendan (Mujahid) atas imbangan kebarangkalian membuktikan bahawa kenyataan yang dipertikaikan tersebut mempunyai justifikasi.

“Keterangan menunjukkan kenyataan yang dipertikai itu merupakan satu tindak balas terhadap kenyataan plaintif (Ahmad Dusuki) yang disiarkan di YouTube pada 20 Februari 2020 bahawa TH telah menjual aset yang terdiri daripada hotel TH yang merupakan harta orang Islam kepada bukan Islam dan adalah dosa yang kena ditanggung sampai akhirat.

“Keterangan juga menunjukkan terdapat penjelasan yang dibuat di Parlimen oleh mantan Perdana Menteri bahawa aset TH yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah syarikat tujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, dan TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Ujar Noorazmir lagi, hakim turut berpendapat pemindahan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan TH yang diluluskan oleh Kabinet sewaktu Mujahid menjadi Menteri Agama. – Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembantu Jho Low Meninggal Dunia Akibat Serangan Strok Mengejut - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PAS Pulau Pinang Perlu Nyatakan Pendirian, Sokong Sanusi Atau Tidak?

oleh Sophia Ahmad

Sukan 2 jam yang lalu

Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS