web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasangan Warga Emas Disamun, Dipukul Dengan Kayu Besbol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 12:55PM

Penyamun bersenjata kayu besbol itu berjaya melarikan beg tangan serta dompet mangsa. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sepasang suami isteri warga emas berdepan detik cemas apabila cermin kereta mereka dipecah menggunakan kayu besbol sebelum beg tangan serta dompet mereka disamun dua lelaki bermotosikal di Taman Muhibbah, Jalan Pantai Emas, Klebang Besar di sini, Sabtu lepas.

Mangsa, Gan Chuei Lan, 66, berkata kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika dia dan suami, Gue Boon Guan, 65, yang menaiki kereta jenis Proton Iswara baru sahaja tiba di hadapan rumah mereka.

“Suami (Gue) ketika itu keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah manakala saya masih di dalam kereta dan sedang memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Saya mendengar lelaki menjerit 'beg' dan memecahkan cermin tingkap penumpang hadapan dengan kayu.

"Serpihan cermin yang pecah terkena muka saya dan dalam keadaan panik, saya beralih ke tempat duduk pemandu untuk keluar dari kereta serta sempat mencampakkan beg tangan ke dalam pagar rumah sambil menjerit kuat meminta tolong," katanya.

Pasangan itu ditemui pemberita ketika menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang Datuk Lim Ban Hong di kediaman mereka hari ini.

Bercerita lanjut mengenai kejadian yang berlaku kurang dari lima minit itu, Gan berkata seorang lagi lelaki kemudian memanjat pintu pagar rumah mereka lalu mengambil beg tangannya.

Menurut Gan, suaminya dipukul dengan kayu besbol di bahagian kaki kiri serta dompetnya dirampas manakala kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal sama.

 "Kejadian sangat mencemaskan, sampai hari ini saya dan suami masih ketakutan. Lagipun ini bukan kejadian pertama… sebelum ini, anak saya juga pernah disamun di hadapan rumah dan beberapa rumah jiran juga pernah dipecah masuk. 

"Suami telah membuat laporan polis kira-kira 11.30 malam hari sama dan polis telah datang ke rumah untuk membuat siasatan lanjut," katanya dan menambah mereka kerugian wang tunai kira-kira RM400 akibat kejadian itu.

Sementara itu, Lim berkata beliau telah memohon kepada polis khususnya Balai Polis Batang Tiga untuk meningkatkan rondaan di Taman Muhibbah dan beberapa taman perumahan berhampiran.

Beliau berkata insiden pecah rumah dan samun di kawasan berkenaan bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tetapi menimbulkan ketakutan khususnya dalam kalangan warga emas yang rata-ratanya telah menetap lebih 20 tahun di kawasan perumahan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Samun Kedai Runcit Guna Pemadam Api, 2 Suspek Diburu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad