web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Perhimpunan 1 Mei, Gimik Pelancaran Gerakan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:27AM

Polis mendapati kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction, manakala kira-kira 30 orang lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di sini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan 1 Mei 2023 dan sidang media gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang diadakan di dua lokasi di ibu negara antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction menyaksikan sekumpulan peserta berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang, dan satu lagi perhimpunan diadakan di sekitar Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau berkata hasil pemerhatian polis mendapati kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan di hadapan Bangunan Maju Junction, manakala kira-kira 30 orang lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di sini. 

"Berikutan itu, polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan penganjur kedua-dua perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat. 

"Kertas siasatan ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.

Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelak dikenakan tindakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad