web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Digesa Wajibkan Pelajar Bawa Botol Air Ke Sekolah, Cegah Strok Haba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 4:47PM

CAP berkata amalan membawa botol air ke sekolah amat mustahak, demi menggelakkan pelajar daripada terkena strok haba. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mewajibkan setiap pelajar untuk membawa bekalan air minum ke sekolah bagi mengatasi cuaca panas di Malaysia ketika ini.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow berkata, hanya segelintir pelajar pada masa ini yang dikesan membawa botol air ke sekolah.

Menurut beliau, amalan membawa botol air itu amat mustahak, demi menggelakkan pelajar daripada terkena strok haba. 

"Guru perlu sentiasa memastikan setiap pelajar membawa air dan menghabiskan air itu sebelum mereka meninggalkan kelas. 

"Pada masa sama, setiap pelajar digalakkan untuk membawa botol air yang bebas BPA," katanya hari ini. 

Subbarow berkata, KPM perlu mengambil langkah pencegahan terhadap murid sekolah agar mereka terhindar daripada strok haba yang boleh membawa maut.

"Pelajar sekolah mesti diselamatkan daripada gelombang panas. Jangan jadikan hanya untuk duduk di bawah kipas sebagai satu-satu cara (menghindar dari strok haba).

"Ajar juga mereka bagaimana untuk mencegah atau mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi panas yang melampau," katanya. 

Beliau menarik perhatian, KPM perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti di bawah projek Rahmah, bagi membekalkan botol air percuma kepada setiap pelajar jika mereka tidak mampu menyediakan bekas bebas BPA.

"Kita mesti mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan pelajar sekolah daripada terdedah kepada suhu tinggi yang berbahaya. Berikan satu botol air bebas BPA kepada setiap pelajar. 

"Minum air kosong secukupnya adalah cara terbaik tetapi ada kanak-kanak yang membelanjakan wang untuk membeli minuman berkarbonat manis... mereka lupa tentang kepentingan air kosong," katanya. - Getaran, 1 Mei 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam