web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Tular Laporan Enggan Diterima, Polis Lakukan Siasatan Dalaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 10:45PM

Yahaya Hassan dalam kenyataan malam ini berkata pihak polis menyambut positif terhadap sebarang maklum balas yang diterima daripada rakyat - Gambar Facebook Polis Ipoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dakwaan individu menerusi video yang tular dalam media sosial bahawa pihak polis enggan menerima laporan untuk tujuan keselamatannya, kini telah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan dalaman.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan malam ini berkata pihak polis menyambut positif terhadap sebarang maklum balas yang diterima daripada rakyat.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) daerah Ipoh ingin menegaskan bahawa pihak polis tidak pernah dan tidak akan menghalang pengadu untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis di seluruh negara," katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan dalaman pihak polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan ahli masyarakat.

Katanya, polis hari ini mengesan satu video berdurasi 35 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715 memaparkan kejadian seorang lelaki (pengguna media sosial TikTok @vikramnaidu4488) mendakwa pihak polis enggan menerima laporan yang hendak diadukan olehnya untuk tujuan keselamatan, yang telah menarik perhatian masyarakat umum. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek