web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Bangladesh Ditemukan Dalam Kontena Di Pelabuhan Klang, Mati Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 12:37PM

Ratul Islam Fahim (kanan), lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla, Bangladesh semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja lelaki warga Bangladesh yang dihantar pulang Februari lalu oleh kerajaan Malaysia selepas ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, meninggal dunia.

Menurut laporan Bdnews24.Com hari ini, yang memetik kenyataan polis tempatan, Ratul Islam Fahim, lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla, Bangladesh semalam.

Bapanya, Faruk Mia memberitahu polis bahawa anak sulung daripada tiga beradik itu menghidap masalah mental, selain tidak tahu berenang.

Menurut Faruk Mia yang bekerja sebagai buruh, ketika kejadian, Ratul Islam sedang mandi seorang diri kerana semua orang berada di sawah untuk menuai padi.

“Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan selepas ini? Saya sangat sedih,” katanya.

Memetik laporan sama, Ratul Islam dikebumikan tanpa pemeriksaan bedah siasat selepas keluarganya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Polis tempatan dilaporkan berjanji menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian itu.

Terdahulu, kisah remaja berusia 16 tahun itu menarik perhatian media antarabangsa selepas dia ditemui dalam sebuah kontena selama enam hari tanpa makanan dan minuman.

Ratul Islam ditemui di dalam kontena di sebuah dermaga di Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu.

Dia memberitahu pihak berkuasa, dia bermain dalam kontena berkenaan dengan rakannya di Chittagong, sehingga menyedari dirinya terkunci di dalam.

Remaja itu kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, sebelum ditempatkan sementara di bawah jagaan Yayasan Chow Kit.

Dia kemudiannya dihantar pulang pada 22 Februari lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatur untuk mendapatkan dokumennya daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia. - AGENSI

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad