web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurang Kaya, Miskin Antara Pekerja Dan Majikan Masih Luas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 12:06PM

Gaji bermaruah adalah pendapatan pekerja yang berada jauh di atas garis kemiskinan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurang kaya miskin antara pekerja dengan majikan di negara ini terutama yang memiliki kilang dan syarikat korporat besar masih luas.

Susulan itu, bersempena Hari Pekerja esok, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan mengusahakan ‘gaji bermaruah’ kepada golongan pekerja agar mereka dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

Menurutnya, gaji bermaruah adalah pendapatan pekerja yang berada jauh di atas garis kemiskinan.

“Dengan gaji bermaruah pekerja dapat membeli makanan yang sempurna berkhasiat untuk anak dan isteri di rumah. Pekerja juga mampu memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

“Gaji bermaruah juga boleh menjamin pekerja ada rumah untuk ahli keluarganya dari hujan dan panas serta terhindar dari pengusiran secara paksa seperti yang berlaku dalam kalangan pekerja yang hidup di kawasan setinggan.

“Ia juga dapat memberi perlindungan kepada pekerja dan ahli keluarga mereka ketika sakit dan mengalami masalah kesihatan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun kekayaan negara yang melimpah ruah ketika ini adalah hasil titik peluh pekerja, kadar gaji golongan terbabit masih rendah jika diukur dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka itu, kata Hassan, jelas amat rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Katanya, perjuangan hak golongan terbabit mendapatkan gaji bermaruah kini menjadi cabaran besar untuk diteliti kerajaan Malaysia Madani.

“Ini adalah satu cabaran besar kerajaan yang ada sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan keadilan kepada semua pekerja di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, setiap majikan wajib bersikap adil kepada pekerja dan memastikan ganjaran, kebajikan serta keselamatan mereka terjamin.

Penegasan itu ditekankan dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Menyantuni Pekerja Dan Memenuhi Amanah Bekerja’ yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sempena sambutan Hari Pekerja, esok.

Menurut teks khutbah berkenaan, setiap pekerja di negara ini tertakluk di bawah Akta Pekerja 1955, justeru jika berlaku sebarang pelanggaran hak, mereka perlu diberikan hak untuk bersuara.

Malah katanya, pekerja hendaklah diberikan masa kerja yang munasabah dengan upah setimpal, diberikan waktu rehat cukup, disediakan tempat dan persekitaran kerja yang selamat.

Mengambil iktibar tersebut, teks berkenaan menegaskan adalah haram hukumnya bagi majikan menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkan bayaran berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bayaran upah boleh dilaksanakan berpandukan kesepakatan yang terjalin antara pekerja dan majikan, sama ada dibayar mengikut jam, harian, mingguan atau bulanan. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad