web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3.3 Juta Rakyat Sengsara Dadah, AADK Minta Keluarga Jangan Sembunyi Kes Penagihan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:00AM

Pelbagai pihak, khususnya ibu bapa diminta tidak mengambil langkah berdiam diri dan menyembunyikan kes penagihan dadah dalam rumah masing-masing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat penagihan dadah kini.

Jurucakap AADK menegaskan, seramai 70,000 orang klien sedang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) serta Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI), melalui Model i-Pulih sehingga Mac lalu. 

Menurutnya, memandangkan kes penanggihan dadah adalah tinggi, pelbagai pihak, khususnya ibu bapa diminta tidak mengambil langkah berdiam diri dan menyembunyikan kes penagihan dadah dalam rumah masing-masing.

“Ahli keluarga tidak harus berasa malu dan menyembunyikan permasalahan dadah dalam kalangan keluarga mereka, malah perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

“Tindakan (menyembunyikan) itu hanya akan membahayakan bukan sahaja keluarga, malah memberi kesan kepada kejiranan, khususnya dalam aspek kesejahteraan dan keselamatan," katanya menerusi kenyataan. 

Pada masa sama, berdasarkan anggaran, jurucakap AADK menegaskan, setiap seorang penagih akan menyebabkan empat hingga enam ahli keluarganya sengsara kesan daripada penagihan dadah. 

“Justeru, AADK menawarkan pelbagai inisiatif bagi membantu klien kekal pulih daripada penagihan dadah di 28 fasiliti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

“Program rawatan dan pemulihan ini dilaksanakan pegawai AADK di 109 Pejabat Daerah AADK, bagi memudahkan akses perkhidmatan rawat pulih kepada masyarakat memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap AADK berkata, agensi terbabit menawarkan program rawatan dan pemulihan secara sukarela di sembilan PUSPEN, iaitu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Seri Iskandar, Perak; Sungai Besi, Kuala Lumpur; Jerantut, Pahang; Kota Bharu dan Bachok, Kelantan; Dengkil, Selangor; Papar, Sabah serta Kuching, Sarawak.

“AADK turut memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu Rawatan Pemulihan Bergerak (MRT AADK) bagi meluaskan capaian program rawatan dan pemulihan, khususnya di kawasan sukar dicapai.

“Sekiranya anda atau orang yang dikenali terlibat dalam penyalahgunaan dadah, AADK boleh membantu. Sila dapatkan bantuan khidmat nasihat daripada pegawai pemulihan AADK, hadir ke pejabat AADK berdekatan atau hubungi talian hotline 1800222235 atau 0196262233,” katanya. - Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar