web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Curi Beg Semasa Jemaah Sedang Solat Di Masjid Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 12:27PM

Polis kini sedang memburu suspek yang dilihat mencuri beg silang seorang jemaah yang sedang bersolat pada waktu Zohor di Masjid Muhammadi di sini Rabu lepas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dilihat mencuri beg silang seorang jemaah yang sedang bersolat pada waktu Zohor di Masjid Muhammadi di sini Rabu lepas, setelah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 25 tahun pada pukul 2.50 petang hari yang sama, dan kerugian dianggarkan RM2,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM150.

"Suspek ketika itu memakai seluar panjang berwarna hitam, berkemeja putih dan berkopiah, dianggarkan berumur sekitar 30-an," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Sarjan Mohd Hafiz Muhammad Khila dengan menelefon 013-9529828 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan